Meningkatkan kemahiran menerangkan proses pengekstrakan bijih besi secara Kaedah TEBB 1,1,2

Proses Pengekstrakan Bijih Besi dipelajari dalam bab Redoks – Kimia Tingkatan 5. Murid mempunyai maklumat yang dipelajari semasa tingkatan 3 mengapa perlu pengekstrakan bagi bijih besi. Menurut Hussin & Hashim (2010) bijih besi di Malaysia atau hematit mempunyai komposisi kimia ferum (iii) oksida 80.6% dan silika sebanyak 14.6%. Silika dan oksigen akan disingkirkan melalui proses yang berlaku dalam relau bagas.

            Murid hanya perlu menguasai beberapa langkah dengan betul, bersama 3 jenis tindakbalas kimia yang terlibat dalam proses ini. Masalahnya, murid-murid sukar untuk mengingat perkara-perkara yang disebutkan diatas, dan kegagalan ini menyebabkan mereka kehilangan markah yang agak banyak ketika menjawab soalan berkaitan, samada dalam soalan berbentuk struktur mahupun esei.

Adalah merupakan suatu kerugian sekiranya murid tidak dibantu dengan kaedah yang sesuai bagi mengingat proses ini dengan mudah. Maka, fokus kajian tindakan kali ini ialah untuk meningkatkan Kemahiran Menerangkan Proses Pengestrakan Bijih Besi secara Kaedah TEBB 1,1,2.

Teknik tangan ekstrak bijih besi 1,1,2 (TEBB 1,1,2) memfokuskan kepada pengukuhan murid tingkatan 5 subjek kimia dalam tajuk pengekstrakan logam daripada bijihnya melalui proses penurunan oleh karbon. Inovasi ini bertujuan untuk memudahkan murid memahami proses pengekstrakan ferum (iii) oksida atau bijih besi dalam relau bagas menggunakan karbon.

            TEBB 1,1,2 merupakan teknik visual menggunakan tangan murid bagi mewakili relau bagas. Melalui pengenalan teknik ini murid bukan sahaja dapat menguasai persamaan yang berlaku dalam relau bagas malah murid sekaligus dapat meneka hasil pengestrakan dengan betul menggunakan jari tanpa perlu menghafal. A Winarti, A Almubarak and P Saadi (2021) menyatakan untuk memahami kemahiran pada tahap mikroskopik seperti subjek kimia, pendekatan visual sangat bermakna dalam memastikan murid lebih memahami teori kimia.

Rajah 1 : Teknik tangan ekstrak bijih besi 1,1,2 (TEBB 1,1,2)

            Objektif kajian ini adalah untuk memastikan murid dapat menuliskan 3 persamaan kimia yang terlibat dalam relau bagas dengan betul secara Kaedah TEBB 1,1,2. Selain itu, murid dapat menyatakan bahan dan hasil pengekstrakan bijih besi dengan betul Sampel kajian terdiri daripada 10 orang murid daripada sebuah kelas sains tulen tingkatan 5 iaitu 5 Al Balkhi terlibat dalam kajian ini. Murid yang dipilih adalah murid yang mendapat skor yang rendah semasa latihan pengekstrakan bijih besi.

            Murid-murid ini mempunyai pengetahuan lepas semasa tingkatan 3 pengekstrakan bijih besi menggunakan relau bagas tetapi tajuk ini dipelajari secara dalam talian semasa PKP menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak mengingati langsung subtopik ini.

            Kajian ini menggunakan instrumen penskoran mengikut rubrik yang ditentukan oleh guru penyelidik. Ujian pra dan ujian post yang dibuat telah mengutamakan kesesuaian pencapaian dan aras kognitif murid sample kajian.

            Selepas selesai aktiviti kumpulan, pelajar dikehendaki menjawab soalan ujian post untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap teknik menulis persamaan di dalam relau bagas dan mengenalpasti bahan atau hasil tindakbalas.

Rajah 2: Prosedur teknik tangan ekstrak bijih besi 1,1,2 (TEBB 1,1,2)

            Selepas selesai aktiviti kumpulan, pelajar dikehendaki menjawab soalan ujian post untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap teknik menulis persamaan di dalam relau bagas dan mengenalpasti bahan atau hasil tindakbalas. Jadual 3 menunjukkan markah pencapaian sampel kajian dalam ujian pra dan ujian post

MuridUjian PraUjian PostPeningkatan %
9 markahPeratus %9 markahPeratus %
444.4910055.6
555.5910044.5
3444.4910055.6
555.5910044.5
666.7910033.3
666.7910033.3
555.5910044.5
777.8910022.2
444.4888.944.5
10 777.8910022.2
min5.358.98.998.8940.0%
           Jadual 3: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian post

        

Merujuk kepada Jadual  di atas, didapati taburan markah ujian pra yang diperoleh oleh 10 orang murid ini adalah tidak seragam. Didapati, hanya 2 orang murid mendapat skor 7 daripada 9 markah manakala 3 orang mendapat skor 6, 3 orang mendapat skor 5 dan seorang mendapat skor 4.

Selepas kami menjalankan Teknik Tangan Ekstrak Bijih Besi (TEBB 1,1,2) data menunjukkan taburan markahnya lebih seragam. 9 orang murid berjaya memperoleh skor 100% markah penuh. Manakala seorang murid mendapat skor 88.9%. Hal ini menunjukkan peningkatan positif selepas teknik TEBB 1,1,2 diperkenalkann

Skor markahPeratus skorBilangan murid  Peratus murid
777.8%220%
666.7%220%
555.6%330%
444.4%330%
JUMLAH10100%
Jadual 4: Skor markah, peratus skor, bilangan murid dan peratus murid untuk ujian-pra

Skor markahPeratus skorBilangan murid  Peratus Murid
9100%990%
888.9%110%
JUMLAH10100%
Jadual 5 Skor markah, peratus skor, bilangan murid dan peratus murid untuk ujian-post
Rajah 6: Graf keputusan markah ujian pra dan post bagi 10 orang murid

Selepas Teknik TEBB 1,1,2 diaplikasikan, analisa min ujian pra menunjukkan pencapaian murid hanya 58.9%, namun, selepas mengaplikasikan T.E.B.B 1,1,2, analisa min ujian post sebanyak 98.9%. Peningkatan sebanyak 40.0% ini menunjukkan adanya perubahan yang positif dalam kalangan murid, yang mana kebanyakan murid mendapat markah penuh 9.

Teknik TEBB 1,1,2 yang diperkenalkan kepada murid dalam kajian ini telah meningkatkan kemahiran murid menulis persamaan kimia dalam relau bagas bagi pengekstrakan bijih besi dengan betul dan juga dapat menyatakan hasil pengekstrakan bijih besi .

Kebaikan teknik Teknik TEBB 1,1,2 menggunakan pen dan tangan dengan kos penghasilan yang minimum menjadikan teknik ini mampu dipraktikkan oleh murid-murid bila-bila masa di mana sahaja. Teknik TEBB 1,1,2 merupakan konsep visual yang menukarkan teks yang panjang kepada bentuk visual menggunakan tangan sendiri sahaja.

Secara kesimpulannya, kajian ini memberi impak yang positif kepada guru dan murid, ia bukan sahaja meningkatkan tahap profesionalisme guru malah ia serta menyediakan satu platform pembelajaran yang menyeronokkan.

RUJUKAN

A Winarti, A Almubarak and P Saadi (2021). Visual learning style-based chemistry mental model representation through transformative online learning. Journal of Physics: Conference Series, 8, 1-10.

Jamaliah R., Peong, A & Marwan, Afifah, W (2020).Buku teks Kimia Tingkatan 5.Kubu Publication, 50

Hussin, Hashim. (2006). Characterization and Processing of Low Grade Iron Ore and Coal for Reduction Process (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Ditulis oleh Cikgu Saibahtul dan Cikgu Rajiha

Cikgu Saibahtul dan Cikgu Rajiha merupakan guru Kimia di SMK Sungai Pusu, Selangor. Kedua-dua guru ini telah menerima Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri Selangor pada 24 Mei 2022 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor.

Leave a comment