Di hari pertama persekolahan rata-rata murid yang hadir menyuarakan rasa teruja dapat kembali semula ke sekolah untuk menimba ilmu setelah sebulan menjalani cuti penggal persekolahan. Banyak cerita suka duka yang ingin diceritakan oleh setiap murid.Ada di antara mereka yang bangun awal untuk pergi ke sekolah , manakala ibu bapa pun turut bersemangat bermulanya kesibukan aktiviti harian. Keceriaan di wajah anak-anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Guru-guru juga bersemangat menanti ketibaan anak-anak di sekolah.
Bagi murid tahun enam SK Pasukan Polis Hutan, Ahmad Faiq bin Damanhuri, 12, berkata ia merupakan peluang bersemuka dengan guru untuk menuntut ilmu serta bertemu rakan sebaya amat mengujakan. ” Hari ini saya teruja sangat sebab hari pertama sekolah, kan? Saya nak Ujian UASA tahun enam pada tahun ini. Dari semalam lagi saya gosok baju, saya gosok awal-awal. Excited sangat.
”Selain itu bagi memastikan keselamatan terjamin saya juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, bawa sanitizer sendiri,”katanya.
Manakala rakannya pula Ahmad Faaiz bin Saidin, 10, turut menyatakan perasaan sama. ”Hari ini adalah hari pertama persekolahan selepas sebulan bercuti. Saya seronok sangat-sangat, sebab apa saya nak belajar apa yang saya tertinggal di masa lepas. Saya nak kukuhkan lagi dalam mata pelajaran matematik dan sains.” kata Ahmad Faaiz bin Saidin.
Sementara itu, kalangan ibu bapa berharap sesi persekolahan ini dapat berjalan lancar dalam norma baharu. Menurut Dr. Jefrey bin Jaafar, 56, pembukaan kembali sekali adalah langkah yang produktif dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sepatutnya dan para guru dapat memberi ilmu dengan berkesan melalui kaedah multi digital dan soft skill.
Bagi Norizan Kassim, 52, dengan pembelajaran secara bersemuka ini dapat membantu pelajar untuk lebih fokus apabila dapat belajar secara terus bersama guru.” Saya sungguh gembiralah sebab anak saya lebih suka belajar dengan guru dan rakan di sekolah berbanding di rumah. ” ” Apabila di sekolah mereka dapat belajar secara face to face dengan cikgu , dan cikgu lebih faham dengannya di sekolah bernbanding di rumah..kita hanya pantau sahaja.” katanya.
Terdahulu, Yang Berhormat Puan Fadlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia berkata di Sinar FM pada 13 Mac 2023 , ”Tiada kelas akademik di minggu pertama persekolahan untuk fokus kepada interaksi pelajar , sesi suai kenal antara guru, murid dan warga sekolah.Ini menjadikan suasana santai dan ceria kpeada anak-anak di minggu pertama persekolahan.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menggariskan 6 Konsep pengisian dam aktiviti minggu pertama persekolahan.
- Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang.
- Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif
- Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai
- Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti.
- Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga
komuniti. - Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi.
Ditulis oleh Ustaz Quszaini bin Abd Manan

Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.