INOVASI OR_T UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN  DAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID-MURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS DARI TAHUN 1 HINGGA 6

“Cikgu, dalam buku Teks Sains kakak saya ada organ-organ seperti ginjal, usus, kenapa buku kami  tak ada cikgu ?” “Adakah organ itu belum wujud ya? ” “ Di mana posisi yang sebenar jantung ya  cikgu ? ” Itu merupakan isu-isu murid dalam pdpc Sains yang perlu diselesaikan dengan segera.  Lantaran itu, dalam PLC Panitia Sains, kami telah membina satu inovasi iaitu Or_T untuk  mengatasi masalah ini.

Pengenalan 

Inovasi ini ( Or_T ) merupakan 5 helai baju T-Shirt (depan belakang) yang ada gambar organ manusia. Baju  pertama merangkumi semua organ manusia yang perlu dipelajari oleh murid dari Tahun 1 hingga 6,  manakala baju lain pula ada organ yang dipelajari dalam suatu tahun tertentu. Gambar organ pada baju ini  ada disertakan dengan anak panah untuk dilabel oleh murid semasa PDPC Sains. ICT juga diintegrasikan di  mana QR Code disertakan pada baju untuk memudahkan kita mendapatkan maklumat yang lebih lanjut  tentang sesuatu organ.  

Kepentingan / Rasional 

Or_T dibina berdasarkan DSKP Subjek Sains sekolah rendah. Baju pertama memberi gambaran secara  keseluruhan kepada murid di mana kedudukan organ manusia pada badan kita, ini bermakna ia dapat  mengaitkan semua tema manusia dari Tahun 1 hingga 6 untuk membantu murid mengingati dan memproses  maklumat yang dipelajari. Or_T juga meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap tema manusia dalam  subjek Sains dalam Tahun 1 tajuk deria, Tahun 2 tajuk manusia membiak, manusia membesar dan  pewarisan, Tahun 3 tajuk gigi dan pencernaan, Tahun 4 tajuk perkumuhan, Tahun 5, tajuk sistem rangka,  sistem peredaran darah dan sistem pernafasan dan Tahun 6 tajuk organ pembiakan . Or_T dibina dalam 3  bahasa iaitu Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris supaya ia mesra pengguna. Ia juga  mengintergrasikan kaedah permainan agar murid dapat bermain sambil belajar. Or_T mengiintegrasikan ICT  di mana QR Code disertakan pada baju untuk memudahkan kita mendapatkan maklumat yang lebih lanjut  tentang sesuatu organ. Or_T meningkatkan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kreatif  dan inovasi, kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah, berkolaborasi, berkepimpinan yang juga  merupakan asas kepada pendidikan Abad ke-21. Or_T juga meningkatkan penglibatan murid secara aktif  dalam PDPC Sains .

Melalui soalan selidik ke atas 5 orang guru dari Tahun 1-6, Or_T mampu menarik minat dan  meningkatkan kefahaman murid dalam tema manusia. Murid-murid seronok menjalankan aktiviti kerana  mereka boleh memakai baju tersebut dan nampak seakan akan organ tersebut pada badan mereka. Guru guru tersebut juga berpendapat bahawa Or_T mampu meningkatkan kemahiran-kemahiran insaniah seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi, kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah,  berkolaborasi, berkepimpinan yang juga merupakan asas kepada pendidikan Abad ke-21. Faedah dan  impak sampingan yang didapati ialah penggunaan Or_T telah merapatkan hubungan silaturahim antara  murid dengan murid dan juga murid dengan guru. Or_T telah membantu murid-murid menguasai tajuk organ  manusia dan juga mengatasi masalah pembelajaran seperti pasif, bosan, tiada minat, rasa tertekan, tidak  ingat, rendah diri, diam, tidak mahu melibatkan diri, kurang tumpuan di kalangan murid-murid. Daripada  catatan dan rakaman gambar, murid-murid kelihatan ceria apabila bermain sambil belajar. Mereka kelihatan  lebih yakin walaupun sekali sekala tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Murid-murid juga dapat  bermain dan belajar dengan daripada kesilapan.

Cikgu Chin Suk Mei merupakan seorang guru di SJK Chung Hua Buso. Mula berkhidmat sejak 2004, beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru sains untuk 19 tahun.

Leave a comment