Semua murid menginginkan kejayaan dan disukai oleh guru. Ada sesetengah murid mengatakan hanya dengan menyiapkan kerja rumah dan hadir ke sekolah mampu mengubah persepsi dari negatif kepada positif. Namun ini semua bergantung kepada niat yang ikhlas lahir dari jiwa murid tersebut. Sebagai murid kita mesti mempunyai mata pelajaran yang sukar dan tidak diminati. Ini terjadi adalah disebabkan sukar untuk memahami pelajaran dan guru yang kurang disukai oleh murid.
Jika murid-murid benci terhadap pelajaran tertentu, cuba ubah kaedah atau cara lain untuk memahami pelajaran tersebut. Jangan sesekali cepat merasa bosan pada mata pelajaran tersebut.
Berikut saya kongsikan beberapa tip untuk mengatasi masalah ini.
- Mencuba variasi kaedah belajar yang pelbagai
Jika seseorang murid belajar hanya dengan catatan di buku setiap hari, jadi cubalah membuat melalui kaedah yang lain. Kaedah lain adalah seperti peta minda, video pembelajaran, belajar berkumpulan dan sebagainya.
- Berusaha untuk menyukai guru mata pelajaran tersebut.
Berusaha untuk menyukai guru tersebut dengan ilmu yang diajar tadi. Terdapat keberkatan di situ dengan ilmu yang dipelajari. Cuba untuk hilangkan prasangka buruk terhadap guru tersebut. Cuba ambil aura positif dari guru tersebut.
- Meningkatkan rasa ingin tahu
Cuba ambil semangat dan meningkatkan rasa ingin tahu terhadap mata pelajaran yang dibenci tadi. Cuba melahirkan minat dan menanamkan rasa untuk menguasai subjek tersebut. Jangan sesekali terburu-buru untuk membuat perubahan ini. Buatlah secara santai dan berterusan.
- Menikmati proses dalam setiap pembelajaran
Mengatasi pelajaran yang dibenci adalah dengan menikmati proses dalam setiap pembelajaran. Ia berkemungkinan murid berasa tertekan dengan situasi yang membuatkan rasa tidak selesa .Dalam menikmati pembelajaran ini, murid tidak boleh menyerah kalah. Kita harus perlahan-lahan dalam memahami dan nikmatilah proses pembelajaran serta jangan terlalu fokus dengan hasil akhir.
- Mencari guru yang mudah didekati.
Cara yang terakhir adalah dengan mencari guru yang mudah untuk dikongsi masalah. Guru ini bertindak sebagai mentor mentee bagi memberi semangat dan lorong untuk membuka minda murid tersebut untuk berjaya. Peranan guru ini amat besar dalam proses pembentukan peribadi murid ini.
Ditulis oleh Quszaini bin Abd Manan

Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.