Pada masa kini, telefon pintar atau telefon mudah alih telah menjadi keperluan atau kehendak bagi setiap individu mahupun lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang. Ia sangat mudah didapati dan murah melalui pelbagai jenama masa kini. Kewujudan telefon pintar ini telah mempengaruhi cara seseorang itu mengendalikan urusan harian mereka. Namun penggunaan telefon pintar ini juga telah memberi kesan kepada individu. Melalui telefon pintar ini pelbagai maklumat boleh diperoleh dan mudah untuk membuat assignment, homework dapat diakses dengan muda dan cepat di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Namun begitu, penggunaan telefon pintar secara berlebihan memberikan implikasi negatif kepada kemahiran berkomunikasi. Antara kesannya termasuklah menyebabkan tempoh perhatian yang lemah. Kekerapan menghabiskan masa menggunakan telefon pintar menyebabkan anak-anak kurang fokus pada tugasan serta kurang berbual dengan orang lain.Sebagai contoh, di rumah, Kadang-kadang pada hujung minggu, terdapat kunjungan keluarga untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturahim, tetapi terdapat anak yang hanya sibuk dan menghabiskan masa seharian dengan telefon pintar tanpa ada interaksi antara keluarga.
Penggunaan telefon pintar secara berlebihan juga menyebabkan pengasingan sosial. Apabila sudah terlalu asyik dengan telefon pintar, secara tidak sedar, anak-anak mungkin mengabaikan komunikasi lisan dengan orang sekeliling.
Selain itu juga anak-anak juga mungkin mengalami masalah kurang tidur atau tidur yang tidak nyenyak. Perkara ini adalah disebabkan sinar biru yang dipancarkan daripada telefon pintar. Apabila anak-anak tidak mendapat kualiti tidur yang baik, sudah tentu anak-anak tidak dapat menjalani kehidupan yang ceria pada keesokan harinya dan sekaligus menjejaskan kualiti komunikasi anak-anak dengan orang lain
Sebagai kesimpulannya, apabila anak-anak dapat berkomunikasi dengan berkesan, anak-anak akan terasa lebih yakin akan kebolehan diri. Keyakinan ini akan menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.
Ditulis oleh Quszaini bin Abd Manan

Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.