Menurut Kamus Dewan, tidur boleh didefinisikan sebagai ‘keadaan tidak sedar dengan mata terpejam’. Manakala istilah “kaki tidur” pula digunakan oleh orang Melayu sebagai orang yang suka tidur. Mengantuk adalah suatu reaksi alamiah normal terjadi apabila tubuh mulai letih atau Lelah. Namun begitu, akhir-akhir ini di media sosial melaporkan banyak murid mengantuk saat belajar dalam kelas. Mengantuk ini dikategorikan sebagai penyakit yang sering menyerang pelajar ketika guru sedang mengajar atau mengulang kaji pelajaran.
Umum mengetahui bahawa tidak ada satu kaedah khusus dalam menentukan ciri-ciri seorang yang dilabelkan sebagai “kaki tidur”. Seorang guru hanya dapat mengetahui ciri-ciri pelajar yang dilabel sebagai “kaki tidur” berdasarkan pengalamannya. Pelajar yang dilabelkan ini mungkin akan tidur ketika permulaan pembelajaran, waktu pertengahan atau sepanjang pembelajaran berlangsung.
Apabila murid merasa mengantuk dalam kelas, mereka cenderung tdak dapat memberi perhatian kepada apa yang di ajar oleh guru atau menangkap konsep-konsep penting. Manakala bagi jangka masa panjang, akan menyebabkan kelewatan dalam memahami bahan pembelajaran serta akhirnya memberi kesan sampingan kepada prestasi akademik seseorang.
Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mengatasi mengantuk ketika belajar .
- Mencuci muka. Langkah sederhana ini biasanya boleh digunakan dengan mencuci wajah menggunakan air biasa. Air ini akan membuatkan mata anak-anak kembali segar dan bertenaga.
- Sarapan. Ini adalah penting untuk untuk mencegah rasa mengantuk ketika belajar. Pengambilan sarapan sihat seperti protein, serat dan karbohidrat seimbang adalah untuk memastikan anak-anak bertenaga ketika belajar di sekolah. Menu sarapan sihat akan memberikan energi bagi tubuh dan mencegah anak-anak menjadi lesu.
- Menukar suasana. Cuba ubah lokasi pengajaran samada belajar di pondok atau di taman permainan. Ini akan membuatkan suasana segar dan bersemangat dalam kalangan anak-anak.
- Bermain. Ia bermaksud selepas selesai kelas di Sekolah atau mengulangkaji pelajaran, tiba jam 6 petang, pergi keluar bermain atau bersenam bagi mengeluarkan peluh serta melegakan ketegangan setelah sekian lama terperap dalam bilik belajar. Ini menjadikan anda ceria dan bertenanga sepanjang hari.
- Tidur. Pelajar tidak digalakkan tidur lewat keranaboleh menjejaskan prestasi pada keesokan harinya. Pastikan tidur awal dan jangan paksa tidur lewat kerana untuk bermain game dan sebagainya.
Kesimpulannya, tertidur dan mengantuk di dalam kelas merupakan fenomena biasa dewasa ini. Namun sebagai guru, kita mestilah prihatin akan fenomena ini dan cuba membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini melalui pendekatan yang sesuai agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Antaranya memberikan nasihat yang baik, bertindak tegas dan meningkatkan penglibatan pelajar serta kaedah yang sesuai bagi meraih minat serta fokus pelajar dalam kelas.
Ditulis oleh Quszaini bin Abd Manan

Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.
*Pendapat yang diutarakan oleh penulis ini tidak mewakili HIVE Educators.