Dalam meniti arus Pendidikan yang mencabar kini, Guru-guru pasti memikirkan kaedah mudah mengajar dan memberi keseronokan murid-murid di sekolah. Bagi Ustaz Quszaini, “Penguasaan murid terhadap sesuatu subjek merupakan suatu kepuasan dalam dunia Pendidikan”. Segala perit jerih mengajar setiap hari pasti terbayar melalui hasil kefahaman yang diperoleh oleh murid-murid.
Secara asasnya beliau melihat melalui ujian pengesanan dan pemerhatian semakan buku tulis, terdapat sebahagian murid kurang mahir menulis Bahasa arab dengan kemas dan baik. Sebahagian murid tidak dapat membezakan huruf hijaiiyyah seperti tha, syiin, ha dan kho’. Kajian tertumpu kepada murid asli dan arus perdana di Sekolah kebangsaan Polis Hutan.
Akibat dari kelemahan ini ini, murid hilang fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid menjadi kurang minat untuk menguasai Bahasa Arab apabila tidak menguasai huruf sebagai asas.
Sehubungan dengan itu, Ustaz Quszaini bin Abd Manan bersama rakannya iaitu Ustaz Mohd Amzari Zharfan bin Amran telah memperkenalkan satu bahan inovasi yang dinamakan “Suar il Rab” ubtuk membantu murid secara khusus dalam meningkatkan kemahiran membentuk huruf, menulis perkataan, mengeja dan membaca bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
“Suar Il Rab” adalah alat menggunakan kaedah latih tubi dan teknik membaca seperti flash card. Tambahan pula ia menggunakan lampu suluh pasti memberi sinaran dan mampu menarik murid untuk menguasai dan meminati Bahasa Arab.
Bagi Ustaz Quszaini, terdapat peningkatan kemajuan akademik selepas kaedah suar il rab diperkenalkan. Rata-rata murid amat seronok dan cuba berkali-kali untuk menguasai huruf dalam Bahasa Arab. Alatan ini hanya bermodalkan lampu suluh, kotak dan plastik lutsinar. Inovasi ini juga telah dibentangkan di PPD Daerah Kinta Utara pada 28 November 2023 dan dikongsikan dengan panitia sains serta Warga Guru Pelatih IPGM Kampus Ipoh pada 23 November 2023.
Manakala tahap kepuasan pengguna alat ini amat berbaloi dan mudah diikuti oleh anak-anak yang ingin menguasai Bahasa arab. Menurut Adik Nur Amani Shakiashahmina binti Shafie, “Saya sungguh seronok menggunakan alat suar il rab kerana cubaan menggunakan lampu suluh dan warna flash card huruf hijaiyyah yang berwarna , memberi kefahaman yang pantas dalam menguasai huruf”. Manakala bagi seorang murid asli di sekolah, Adik Mohamad Aizil Zhafri bin Suhaimi dari Perkampungan Orang Asli Chadak berkata Melalui kaedah ini saya cepat menguasai huruf dan dapat membezakan huruf ha , kho , Shod serta Dhod”.
Menurut seorang Prof Madya Dr. Faiz bin Yaakob, Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Sintok , Kedah berkata, “Kaedah ini memberi peluang mudah kepada guru untuk membantu murid menguasai Bahasa arab tanpa melalui kos yang mahal serta mampu memberi penguasaan yang maksimum kepada anak-anak.”
Kesimpulannya, kaedah sual il rab ini mampu menarik minat murid untuk menguasa Bahasa arab. Tumpuan dan perhatian murid bertambah serta penghasilan produk yang murah dan pantas.



Ditulis oleh Quszaini bin Abd Manan

Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.
Pendapat yang diutarakan oleh penulis ini tidak mewakili HIVE Educators.