Wacana Ilmiah Pendidik Siri 1

Pada 24 Mac 2024 yang lepas, HIVE Educators telah menganjurkan sebuah perbincangan ilmiah berkenaan pentaksiran bilik darjah bersama para pendidik di seluruh Malaysia. Sebelum perbincangan dilaksanakan, mereka telah diberikan sebuah artikel jurnal untuk mereka baca dan fahami kandungan kajian tersebut berserta beberapa buah soalan untuk mereka mengaitkan amalan pengajaran mereka di dalam bilik darjah.

Perbincangan dijalankan secara sangat aktif dan rancak! Kami bersyukur atas sumbangan input berkualiti dan penyertaan aktif dari para guru semasa perbincangan ini, yang berpusat pada dapatan sebuah artikel akademik.

Leave a comment