Adab ketika menuntut ilmu

Imam Abdullah bin Mubarak mempelajari adab selama 30 tahun dan mencari ilmu selama 20 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa adab adalah amat penting dalam kehidupan terutamanya ketika menuntut ilmu. Seiiring dengan perkembangan teknologi yang semakin lama semakin jauh meninggalkan kita, seringkali kedengaran rungutan daripada sebahagian guru akan kekurangan adab pelajar ketika menuntut ilmu.

 C:\Users\MALTRAC 3\AppData\Local\Packages\Microsoft.Windows.Photos_8wekyb3d8bbwe\TempState\ShareServiceTempFolder\TT.jpeg

Berdasarkan data yang telah dikumpul oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan bahawa salah laku pelajar yang mana bercakap kasar dan tidak menghormati guru adalah kesalahan yang paling kerap berlaku. Ini disokong dengan 23,220 kes pada 2016 dan 19,980 kes pada 2017. (Abd Hamid et al.,2021). Dalam proses menimba ilmu, amat penting untuk memahami dan mengamalkan adab yang sesuai kerana ini akan membuatkan proses pembelajaran akan menjadi lebih bermakna serta memberikan manfaat yang lebih besar bagi diri sendiri malah juga kepada orang lain.

C:\Users\MALTRAC 3\AppData\Local\Packages\Microsoft.Windows.Photos_8wekyb3d8bbwe\TempState\ShareServiceTempFolder\TT(1).jpeg

Antara adab ketika menuntut ilmu adalah sikap hormat terhadap guru. Pelajar haruslah mematuhi arahan dan mendengar nasihat guru sebagai tanda menghargai tugas guru sebagai seorang pendidik. Sebagaimana seorang guru sabar melayani kerenah pelajar, begitulah juga yang seharusnya ditonjolkan oleh pelajar. Adab sopan ini mampu menunjukkan rasa berterima kasih atas ilmu yang dikongsikan oleh guru. Persis peribahasa, guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain, guru berkorban masa serta tenaga demi memastikan pelajar berjaya dalam kehidupan. Pelajar harus sedar bahawa usaha guru tidak akan berlaku sekiranya tiada penerimaan yang telus dan penuh beradab.   

 Seterusnya, kesungguhan dalam belajar dengan memaparkan komitmen sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Pelajar boleh bertanyakan soalan sekiranya tidak memahami apa yang diajarkan oleh guru tanpa mempunyai perasaan takut atau segan. Kesungguhan dan motivasi yang tinggi ini mampu mempamerkan tindak – tanduk yang penuh adab terhadap guru yang mengajar. Jika dilihat sebelum ini, sesi pembelajaran adalah secara online, kesungguhan dapat dilakukan dengan cara pelajar membuka paparan kamera agar guru dapat melihat wajah dan pergerakan badan pelajar. Secara tidak langsung, ini dapat mempamerkan adab kepada guru dengan cara bersungguh – sungguh ini menuntut ilmu. 

Selain itu, adab ketiga menuntut ilmu ialah sikap merendah hati dan kesabaran dalam menghadapi kesulitan terutamanya dalam menerima teguran dan kritikan daripada guru dengan hati yang terbuka. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa proses menuntut ilmu umpama berperang di medan perang, namun pelajar masih berpeluang untuk belajar dari kesalahan dan terus berusaha memperbaiki diri demi masa depan yang baik. Malah, Islam juga turut menerapkan konsep sifat sabar ketika menuntut ilmu. (Mulasi et al.,2023). Bak kata – kata hikmat Hamka, penulis Indonesia, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Razak et al., 2015).C:\Users\MALTRAC 3\AppData\Local\Packages\Microsoft.Windows.Photos_8wekyb3d8bbwe\TempState\ShareServiceTempFolder\TT(2).jpeg

Kesimpulannya, pelajar perlu sentiasa mengamalkan adab ketika menuntut ilmu kerana sekiranya guru terluka maka keberkatan ilmu itu juga mungkin tiada. Janganlah pelajar alpa bahawa ilmu perlu dituntut daripada seorang guru agar tidak tersesat jalan. Ketahuilah bahawa jika kita melayan orang dengan baik, orang lain juga akan melayan kita dengan baik. 

Rujukan

Abd Hamid, N., & Kutty, F. M. (2021). Penghayatan Adab Kesopanan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Masa Kini Di Daerah Zon Kajang. International Journal of Education and Pedagogy, 3(1), 173-187.

Mulasi, S., Syabuddin, S., & Syahminan, S. (2023). Sabar dalam Perspektif Al-Qur’an; Eksplorasi Nilai Sabar dalam Menuntut Ilmu. Islamika: Jurnal Ilmu-Ilmu Keislaman, 23(2), 180-195.

Razak, Z. A., & Salleh, C. I. (2015). Pemikiran Melayu tentang ilmu dan adab dalam puisi Melayu tradisional. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3(2), 121-129.

Ditulis oleh Yang Qammarina Mohd Toha

Beliau merupakan seorang guru tuisyen di Tuisyen Celik Jaya dan juga seorang calon PhD di University Malaysia Terengganu.

*Pendapat yang diutarakan oleh penulis ini tidak semestinya mewakili pendirian HIVE Educators.

Leave a comment