Nama projek inovasi ini ialah Kit Gameboard Sistem Suria. Kit ini merupakan satu kit permainan yang berlandaskan PAK21. Kit ini merujuk pada topik sistem suria mengikut DSKP Kurikulum Sains Sekolah Rendah dan Menengah Semakan 2017. Selain itu, kit ini membantu murid-murid untuk mengenalpasti kedudukan-kedudukan 8 planet, fasa-fasa bulan, gerhana bulan dan gerhana matahari.
Latar belakang dan rasional projek ini ialah untuk melahirkan amalan pembudayaan Pendekatan STEM (Science, Teknologi, Engineering and Mathematics). Pendekatan STEM ialah PdPc yang mengapikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM melalui inkuiri, penyelesaian masalah, atau projek dan konteks kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan serta global. Tambahan pula, PdPc STEM yang berkonstekstual dan autentik dapat menggalakkan pembelajaran mendalam dalam kalangan murid. Di samping itu, murid boleh bertindak secara kolaborasi dalam kumpulan atau secara individu mengikut kemampuan ke arah membudayakan pendekatan STEM.
Objektif rekaan inovasi untuk meningkatkan tahap kefahaman murid dalam topik planet, fasa-fasa bulan, gerhana bulan dan gerhana matahari. Ia juga membantu untuk mengenalpasti kedudukan – kedudukan 8 planet, fasa-fasa bulan, gerhana bulan dan gerhana matahari dengan betul. Tambahan pula, kit ini membantu murid belajar secara didik hibur dalam PdPc Sains. Justeru itu, rekaan inovasi ini dapat melahirkan pembudayaan STEM secara kreatif dan berinovatif.
Pernyataan masalah yang dikenalpasti adalah murid-murid sekolah kami masih lemah, keliru dan sukar mengenalpasti kedudukan planet, fasa-fasa bulan, gerhana bulan dan gerhana matahari. Murid juga kurang menguasai topik kedudukan- kedudukan 8 planet, fasa-fasa bulan, gerhana bulan dan gerhana matahari. Murid-murid juga kurang menskor markah dalam kuiz yang diberikan selepas mengajar topik-topik ini. Selain itu, murid-murid sukar melukis kedudukan- kedudukan 8 planet, fasa-fasa bulan, gerhana bulan dan gerhana matahari selepas sesi PdPc di kelas. Di samping itu, murid kurang memahami dan kurang jelas dengan penjelasan yang diberikan oleh guru semasa PdPc di kelas.
Kategori kumpulan Sasaran yang terlibat untuk projek inovasi ini ialah murid-murid sekolah rendah dari Tahun 3 hingga tahun 6, murid berkeperluan Pendidikan Khas dan pelajar-pelajar sekolah Menengah.
Skop projek inovasi ini ialah menghasilkan kit yang kos murah dengan penggunaan bahan buangan dan kitar semula. Seterusnya, menghasilkan kit yang digunakan dalam Pdpc dengan menggabungjalinkan fenomena alam. Kit ini dihasilkan dalam masa yang tersingkat.
Deskripsi kit ini ialah suatu Kit Gameboard Sistem Suria yang direkacipta khas dengan bahan buangan dan kitar semula Dimana ia dapat menerapkan Pendidikan alam sekitar di kalangan murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Kit ini boleh membantu murid mengenalpasti kedudukan-kedudukan 8 planet, fenomena fasa-fasa bulan, gerhana matahari dan gerhana bulan dengan betul dan tepat. Ia juga mengenalpasti kedudukan dengan menggunakan akronim.
Kronologi penginovasian kit ini ialah bermula dengan inovasi asas. Ia hanya digunakan kertas dan plastisin untuk mengenalpasti kedudukan- kedudukan 8 planet sahaja secara bermain dalam kumpulan. Seterusnya kit ini dibuat penambahbaikan 1 iaitu merekacipta di dalam kotak yang berbentuk bulat seperti bentuk orbit. Penambahbaikan 2 ialah ia diinovasikan secara digital iaitu dalam kahoot Games. Akhirnya, penambahbaikan 3 pula melahirkan Kit Gameboard Sistem Suria yang direkacipta khas dengan bahan buangan dan kitar semula.
Inovasi Asas
Penambahbaikan 1
Penambahbaikan 2
Penambahbaikan 3
Bahan yang digunakan untuk membuat kit gameboard ini ialah papan kek terpakai, penutup botol terbuang, benang lama atau kain lama yang terpakai, kertas A4 terpakai dan terbuang serta plastik laminasi.
Masa menguasai untuk empat topik ini adalah hanya dengan 60 minit ataupun 1 jam sahaja iaitu boleh memahami dalam 2 waktu Sains.
Kit ini juga membantu para murid dan pelajar memahami topik ini dengan permainan secara fizikal. Permainan ini merupakan ilmu sampingan bagi mereka untuk mengenalpasti kedudukan-kedudukan 8 planet, fenomena fasa-fasa bulan, gerhana matahari dan gerhana bulan secara pantas. Permainan secara fizikal ini boleh dapat menggabungjalinkan dalam 2 mata Pelajaran iaitu dalam PdPc Pendidikan Jasmani dan Sains. Permainan secara fizikal ini dilaksanakan mengikut jantina yang sama bagi mengelakkan sentuhan dimana murid-murid belajar dalam Pendidikan Kesihatan.
Impak penggunaan projek inovasi ialah ia dapat diaplikasikan kepada murid-murid dalam kelas-kelas Sains lain. Ia juga membantu murid dalam mengenalpasti kedudukan-kedudukan 8 planet, fenomena fasa-fasa bulan, gerhana matahari dan gerhana bulan dengan lebih pantas. Ia juga membantu murid-murid memahami fenomena alam yang berlaku secara semulajadi dalam kehidupan seharian. Konsep belajar secara didik hibur diterapkan melalui penggunaan kit ini. Kit ini mudah dibawa dan boleh digunakan di mana-mana. Kit ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur iaitu murid, guru, guru pelatih dan ibu bapa dan seluruh lapisan masyarakat di serata dunia. Kit ini juga sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar (bbm) untuk guru pelatih di Institut Perguruan Guru semasa praktikum. Kit ini merupakan pengguna mesra alam atau pun mesra pengguna oleh semua golongan masyarakat. (eco-friendly). Jangka hayat penggunaan kit ini panjang dan tidak mudah rosak.
Harapan atau hasrat mahupun sebagai Cadangan kami ialah Kit gameboard ini perlu diterbitkan dalam buku teks sekolah rendah dan menengah serta dalam modul MOBIM supaya dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik KPM dan diberi penghargaan atas nama kami dan sekolah kami.
Ditulis oleh Cikgu Ashok Pillai A/L Kuppusamy dan Cikgu Shyamala A/P Siva Sithambaram
Cikgu Ashok dan Cikgu Shyamala kini berkhidmat di SJKC Jerik, Bandar Jengka Pahang.
*This piece is solely the personal opinion of the author and does not necessarily reflect HIVE Educator’s stance.