Menyesuaikan diri di Sekolah Berasrama

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak! Apa khabar? Untuk pengetahuan semua, bermula 18 Mac 2024 telah berlaku sesi pendaftaran pelajar asrama penuh  ke tingkatan satu  di seluruh Malaysia. Jadi, bermacam-macam coretan yang dapat diungkap melalui pengalaman anak-anak masing-masing. Berapa ramai anak-anak yang tinggal di asrama? Ha…untuk pengetahuan anak-anak, hidup di asrama memberi erti kemanisan yang tidak dapat di jual beli oleh semua individu yang bergelar pelajar. 

Penerapan nilai murni, jadual padat dan penerapan disiplin dan akhlak terpuji membawa kepada satu semangat dan sepakat dalam kalangan warga sekolah. Keakraban dan silaturrahim dapat disemai melalui kerjasama, pendidikan dan pembentukan sahsiah serta penyesuaian diri di sekolah asrama. Penggunaan telefon awam di Sekolah amat penting sebagai pengganti diri penghubung kerinduan anak-anak dengan keluarga masing-masing. Banyak perkara yang dikongsikan mengenai perjalanan hidup harian di sekolah dan asrama. Tangisan dan rengetan untuk tidak tinggal di asrama adalah umpama “nyanyian harian” buat ibu bapa masing-masing. Tetapi, secara prinsipnya untuk menjadi orang yang berjaya, anak-anak perlu bersabar dan segera menyesuaikan diri dengan kehidupan dan budaya di asrama yang tersusun dan konsisten

Kebaikan tinggal di sekolah asrama

Di sini saya kongsikan kebaikan tinggal di asrama yang memberi beberapa manfaat seperti berikut:

  1. Menjadi anak-anak yang berdikari atau “survival”

Secara asasnya, Apabila di rumah kebiasaannya, segala urusan kendiri disediakan sepenuhnya oleh ibu bapa terutama membasuh dan menggosok pakaian.

Manakala, Sekolah asrama membolehkan seseorang pelajar untuk menjadi lebih berdikari. Pelajar akan belajar mengurus masa untuk rehat, belajar, membasuh pakaian , menggosok pakaian, tidur  dan sebagainya. Mereka juga akan belajar untuk menguruskan wang saku mereka supaya wang tersebut mencukupi sehingga akhir penggal persekolahan. Ini akan membantu pelajar tersebut untuk lebih bertanggungjawab apabila dewasa kelak.

  1. Lebih masa untuk ko-kurikulum

Di sekolah asrama, terdapat pelbagai aktiviti ko-kurikulum iaitu bersukan , berkebun, mengemas dan aktiviti lain antara sekolah. Terdapat sesetengan sekolah asrama menjalankan aktiviti yang membawa manfaat kepada masyarakat. Aktiviti ko- kurikulum ini membantu melahirkan pelajar yang seimbang, dan bukannya hanya tertumpu kepada buku pelajaran. Jadi bakat anak-anak dapat digilap melalui kebolehan masing-masing dalam pelbagai bidang. 

  1. Lebih masa untuk belajar

Di sekolah asrama, terdapat waktu yang telah dikhaskan untuk belajar di waktu petang dan malam. Pelajar mempunyai sekurang-kurangnya 3 jam sehari untuk belajar. Ini memberi mereka masa yang lebih untuk mengulangkaji dan melakukan kerja-kerja sekolah serta belajar. Waktu di hujung minggu juga boleh digunakan untuk belajar.

  1. Lebih masa untuk merujuk kepada rakan sekelas dan guru-guru bagi mendapatkan maklumat dan nasihat.

Pelajar di sekolah asrama dapat berbincang dengan rakan sekelas pada waktu belajar ataupun semasa berada di asrama. Pelajar-pelajar juga boleh berbincang dan merujuk kepada guru-guru mereka di asrama atau pun di kelas masing-masing.

 Bersama-sama ini Ustaz Quszaini ingin kongsikan Bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah asrama penuh.

Berikut adalah beberapa tips untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah asrama penuh:

  1. Menjalinkan hubungan persahabatan yang baik dan mendalam

Sekolah asrama penuh memberi anda peluang yang baik untuk menjalin persahabatan yang rapat dan baik dengan  yang baik untuk menjalin persahabatan yang rapat dan baik dengan rakan-rakan sekolah kerana anda mempunyai lebih masa untuk mengenali satu sama lin sewaktu dan selepas kelas. Kebiasaannya, persahabatan ini akan berpanjangan sehingga anda memasuki alam dewasa.

  1. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh

Sekolah berasrama penuh memberi anda cukup mas untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Ambil dan gunalah peluang yang diberi sebaik-baiknya. Sila rancang dan gunakan masa anda dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran, berekreasi dan berehat. Belajarlah secara berkumpulan dengan rakan-rakan sekelas anda , dan boleh merujuk kepada guru atau pelajar senior apabila perlu.

  1. Ambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum

Terdapat pelbagai program ko-kurikulum yang ditawarkan di sekolah berasrama penuh. Antaranya adalah aktiviti sukan, kelab-kelab, persatuan-persatuan, tugas-untuk memilih aktiviti kokurikulum supaya sesuai dengan minat dan kebolehan anda. Uruskan masa dengan sebaik-baiknya. Elakkan daripada melibatkan diri dengan terlalu banyak aktiviti kokurikulum . Ini akan mengambil terlalu banyak masa anda dan boleh menjejaskan masa belajar anda.

Kesimpulan

Kehidupan di sekolah berasrama memberi lebih banyak manfaat jika seseorang itu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam mengharungi kehidupan di asrama. Anda akan menjadi seorang pelajar yang lebih berdisiplin , mempunyai jati diri yang tinggi dan berjaya menyesuaikan diri hidup bermasyarakat. Anak-anak akan lebih belajar menghargai hubungan dan kasih sayang serta mengamalkan nilai murni yang mereka telah pelajari sekarang dan di masa hadapan.

Ditulis oleh Quszaini bin Abd Manan

Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.

*Pendapat yang diutarakan oleh penulis ini tidak mewakili HIVE Educators.

Leave a comment