Kit Ransiran (Ran = Rantai, Si=siratan, an= makanan) ialah satu kit permainan berdasarkan tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Ia merupakan sesuatu bahan atau alat permainan yang membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dalam topik rantai makanan dan siratan makanan mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5TBahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi adalah kepingan papan kek terbuang, penutup botol plastik terbuang.
Kit Ransiran ini adalah suatu kit yang direkacipta berdasarkan elemen standard asas dalam PAK21. Kit Ransiran ini sesuai bagi Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah murid-murid Tahap 2. Namun begitu, ia boleh digunakan untuk murid-murid Pendidikan Khas, pelajar-pelajar sekolah menengah, guru pelatih yang melaksanakan praktikum untuk memperkukuhkan konsep dan pengetahuan dalam topik rantai makanan dan siratan makanan.
Kit ini digabungkan dengan 2 jenis permainan iaitu Game 1, Game 2. Cara bermain game 1 ialah susun gambar pengeluar dan pengguna dan membina rantai makanan mengikut pelbagai habitat dengan betul. Cara bermain game 2 ialah susun gambar pengeluar dan pengguna dan membina siratan makanan mengikut pelbagai habitat dengan betul.

Rajah 1: Kit Ransiran
Impak Produk ini ialah kos rendah dan murah, pengguna mesra alam (Eco-friendly), mudah dibawa dan digunakan di mana-mana, diperbuat daripada bahan terbuang, membantu menerapkan eleman 4K 1N, STEM, PAK21 dan Kolaboratif, jangka hayat yang panjang serta tidak mudah rosak, sesuai untuk mentaksir Tahap Penguasaan Murid (TP) dalam PBD, bahan BBM untuk guru-guru praktikum iaitu semua subjek boleh digabungjainkan dengan ini dan semua peringkat umur boleh digunakan iaitu murid, guru, ibubapa, guru pelatih.
Ditulis oleh Ashok Pillai A/l Kuppusamy

Ashok Pillai A/l Kuppusamy mengajar di SJKC Jerik, Bandar Jengka Pahang.
*This piece is solely the personal opinion of the author and does not necessarily reflect HIVE Educator’s stance.