Meningkatkan Kemahiran Menulis Huraian Soalan Esei Pendidikan Moral SPM Menggunakan Teknik  Jadual Pasang Siap Mak Bagi Kek Coklat 

ABSTRAK 

Kajian tindakan ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah 26 orang murid tingkatan 5 yang tidak dapat menulis  huraian jawapan bagi soalan esei Pendidikan Moral. Antara permasalahan yang dihadapi oleh murid ialah tidak  mempunyai idea untuk menghuraikan jawapan bagi soalan esei. Murid juga tidak mahir memberikan huraian lanjutan  bagi soalan esei sehingga menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari subjek Pendidikan Moral. Bagi  mengatasi masalah ini, guru telah mencipta satu teknik menggunakan jadual pasang siap bagi membantu murid  menjana idea menulis huraian. Teknik yang dibangunkan ini menggunakan teknik mnemonik untuk membantu murid  menulis huraian dan teknik ini telah dikongsikan dan dipanjangkan oleh pengkaji bersama-sama rakan Panitia  Pendidikan Moral di beberapa buah sekolah menengah. Penggunaan Mnemonik sebenarnya sudah lama dipraktiskan  di dalam kelas oleh golongan pendidik. Mnemonik merupakan formula fakta untuk memudahkan ingatan sama ada  berbentuk Teknik Akronim, Teknik Akrostik, Teknik Kata Kunci dan Teknik Loci. Kesemua teknik tersebut dapat  meningkatkan daya ingatan dan melatih murid menulis huraian semasa menjawab soalan esei. Metodologi kajian ini  menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang diasaskan oleh Kemmis & Mc Taggart 1988. Sebanyak dua kitaran  dijalankan terhadap 26 orang murid tingkatan 5 di salah sebuah sekolah daerah Padawan. Dapatan kajian diperolehi  menggunakan instrumen seperti refleksi pembelajaran dan pemudahcaraan guru, pemerhatian, markah peperiksaan,  temu bual dan jawapan murid sewaktu menjawab soalan. Implikasi kajian ini mendapati bahawa teknik Mak Bagi  Kek Coklat telah berjaya menambah baik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan guru dengan menerapkan  penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk jadual pasang siap sekali gus meningkatkan minat murid mempelajari  subjek Pendidikan Moral. 

REFLEKSI LEPAS 

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu dari aspek guru 

Saya telah menjalankan pemerhatian tentang cara menjawab soalan esei kepada murid didalam bilik darjah, saya mendapati respon murid amat mengecewakan. Saya menyoalmurid tentang apakah cara yang mereka telah pelajari  sejak Tingkatan Empat, murid hanya berdiam dan tidak memberikan sebarang jawapan. Kemudian, saya meminta  mereka berdiri dan menjawab soalan yang saya lontarkan secara rawak iaitu bagaimanakah andamenghuraikan fakta ketika menjawab soalan esei? Sekali lagi, respon murid hanya berpandangan antara satu sama lain tanpa menyebut satu cara menjawab kepada saya. Pengajaran dan pemudahcaraan pada hari tersebut sangat membosankan dan telah membangkitkan emosi kekecewaan terhadap teknik pengajaran saya. Melihat keadaan ini, saya membuat refleksi  terhadap kaedah pengajaran saya. Saya mendapati bahawa saya hanya “chalk and talk” dan berlaku pengajaran dan  pembelajaran yang berpusat kepada guru sahaja.Saya juga mengakui bahawa saya kurang kreatif untuk menarik minat  murid untuk menguasaiteknik menghurai jawapan esei. Oleh sebab itu, saya perlu mencari inisiatif untuk mengatasi masalah ini kerana saya percaya kaedah pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang begitu besar bagi  mempengaruhi minat murid untuk mempelajari subjek Pendidikan Moral. Memandangkan penulisan esei ini  memerlukan usaha murid untuk mengingat teknik menghurai jawapan saya telah membaca satu artikel yang ditulis  oleh Bakken dan Simpson (2011), menurutnya penggunaan mnemonik sudah lama diperkenalkan oleh pendidik  didalamkelas. Penggunaan mnemonik adalah pendekatan tersusun untuk meningkatkan daya ingatan dan menjadikan  pengetahuan lebih bermakna. Maka dengan itu, mnemonik juga didefinisikan sebagai formula fakta untuk  memudahkan ingatan. Mnemonik yang dihasilkan adalah sama ada berbentuk Teknik Akronim, Teknik Loci, Teknik  Akrostik, dan Teknik Kata Kunci. Kesemua teknik ini dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam pembelajaran.  Perkara ini turut disokong oleh Kartika Asmarani (2013), mnemonik adalah berkait rapat dengan kemampuan seseorang mengingat kerana ia berjalan sesuai dengan pemikiran. Sebagai contoh penggunaan formula perkataan dalam mnemonik memudahkan murid untuk mengingat cara menghurai fakta bagi menjawab soalan esei. 

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu dari aspek murid 

Kertas Peperiksaan Pendidikan Moral 2022 Tingkatan 5 merupakan satu bayangan dan bukti kayu ukur penguasaan  murid dalam menulis huraian jawapan soalan esei bahagian B dan bahagian C. Saya telah menghayati dan membuat  analisa ke atas kertas peperiksaan murid, didapati keputusan murid menunjukkan kurangnya penguasaan teknik  menghurai fakta yang boleh membantu mereka mendapat markah dengan baik. Saya telah menjalankan temu bual 

bersama murid-murid didalam kelas dan mendapati hanya 2 orang murid sekadar bolehmemberikan 2 fakta tanpa huraian. Manakala 24 orang murid langsung tidak boleh memberikan huraian walaupun bantuan klu fakta telah  diberikan. Apabila disoal oleh guru dan berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati murid tidak  mampu menulis huraian dengan baik kerana tidak didedahkan dengan teknik menghurai sebelum ini. Akhir sekali, saya mendapati dari segi penulisan murid melalui lembaran kerja yang dijalankan murid memberikan huraian berbentuk ulang soalan, dan ulang pernyataan. Kesannya, markah murid terjejas dan sekali gus mempengaruhi minat  muird untuk terus mempelajari subjek Pendidikan Moral. Saya turut mengakui bahawa tidak semua murid boleh menghuraikan fakta dengan baik. Menurut Noor Habsah dan Yahya (2018) perkara ini berlaku disebabkan bagi menulis dengan baik murid bukan sahaja perlu menyampaikan aliran isu soalan tetapi juga perlu menguasai kemahiran  lain seperti penggunaan penanda wacana, tanda baca dan lain-lain. Hal ini turut dipersetujui Norul Haida (2014) yang  menyatakan bahawa murid secara am mempunyai idea untuk mengupas sesuatu tajuk. Walau bagaimanapun, apabila mereka menulis, idea yang ingin disampaikan tidak jelas keranaketidakmampuan murid untuk menyusun ayat secara gramatis untuk ditulis.

FOKUS KAJIAN 

Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti, kajian ini difokuskan untuk membantu muri menjana idea menulis  huraian soalan esei bahagian B dan bahagain C. Sekiranya murid bolehmemberikan huraian secara jelas, maka ini  membantu murid memperoleh markah dengan baik. Oleh itu, pendekatan yang sesuai ialah penggunaan jadual pasang  siap Mak Bagi Kek Coklat. Saya memilih pendekatan ini kerana murid-murid didalam kelas merupakan kategori 

murid sederhana. Tiada yang buta huruf dan mereka merupakan murid di kelas pertengahan. 

OBJEKTIF 

Objektif umum: Guru dapat mennambahbaik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan penggunaan jadual  pasang siap Mak Bagi Kek Coklat sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu murid menjana idea menulis huraian  soalan esei. 

Objektif khusus

(i) Murid dapat menulis huraian bagi soalan esei menggunakan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat (ii) Murid dapat memperoleh markah penuh bagi soalan esei 

KUMPULAN SASARAN 

Kajian ini menyasarkan 26 orang murid tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral bagi Sijil  Pelajaran Malaysia. Daripada jumlah tersebut, empat belas orang terdiri daripada murid lelaki dan dua belas orang  terdiri daripada murid perempuan.Tahap pencapaian murid-murid didalam kelas ini ialah lemah dan sederhana. Data  tahap pencapaian ini diperoleh daripada markah peperiksaan percubaan pertama. 

PELAKSANAAN KAJIAN 

Tinjauan awal masalah 

Berdasarkan penulisan refleksi guru didalam Rancangan Pengajaran Harian, guru menghadapi masalah ketika hendak  mengajar murid menulis huraian bagi soalan esei. Guru hanya menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan secara  berpusatkan guru semata-mata. Apabila guru hanya “chalk and talk”, PdPc menjadi bosan sehingga memberikan kesannegatif terhadap minat murid untuk terus belajar. Oleh itu, guru harus memikirkan satu intervensi bagi mengatasi masalah amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 

Masalah kedua yang dihadapi adalah dari aspek murid itu sendiri. Berdasarkan pemerhatian guru didalam bilik darjah,  sebenarnya murid mempunyai idea untuk memberikan jawapan fakta. Malangnya, murid masih belum mahir  menghuraikan fakta yang diberikan dengan baik. Selain itu, berdasarkan soalan peperiksaan yang dijawab oleh murid  kebanyakan murid hanya membiarkan kertas soalan bahagian B dan C kosong tanpa jawapan. Kesannya, markah 

murid terjejas dan menurunkan GPMP mata pelajaran Pendidikan Moral. 

Analisis tinjauan masalah 

Rajah 1: Pengajaran dan pemudahcaraan yang berpusatkan guru

Berdasarkan pemerhatian guru di dalam kelas, murid tidak menumpukan perhatian sepenuhnya ketika saya  mengadakan sesi soal jawab tentang soalan esei. Saya melontarkan soalan kepada murid-murid tetapi respon murid  amat mengecewakan. Ada segelintir pelajar berbual sesama rakan dan tidak berusaha memikirkan ayat untuk  menghuraikan fakta soalan esei yang bernilai 8 markah. Sebagai guru, saya mendapati pengajaran dan pemudahcaraan satu hala tidak lagi sesuai digunakan sebagai teknik pengajaran sebaliknya, saya harus memikirkan satu teknik untuk menarik minat murid menjawab soalan esei. 

Rajah 2: Analisis semakan soalan peperiksaan bagi soalan esei 

Berdasarkan hasil semakan soalan peperiksaan Tingkatan 5, saya mendapati markah murid- murid tidak memuaskan.  Semua murid tidak dapat menghuraikan jawapan dengan baik dan tidak dapat markah penuh. Antara masalah yang  dikenalpasti, murid memberikan huraian yang tidak berkaitan dengan permintaan soalan. Ada juga yang mengulang soalan dan mengulang semula pernyataan. Tidak ketinggalan juga murid-murid yang membiarkan soalan kosong tanpa jawapan.

BIL MURID MARKAH (10)
MURID 1 1
MURID 2 0
MURID 3 2
MURID 4 1
MURID 5 1
MURID 6 0
MURID 7 2
MURID 8 3
MURID 9 2
10 MURID 10 3
11 MURID 11 3
12 MURID 12 2
13 MURID 13 0
14 MURID 14 4
15 MURID 15 1
16 MURID 16 TIDAK MENJAWAB SOALAN
17 MURID 17 1
18 MURID 18 TIDAK MENJAWAB SOALAN
19 MURID 19 0
20 MURID 20 3
21 MURID 21 1
22 MURID 22 TIDAK MENJAWAB SOALAN
23 MURID 23 TIDAK MENJAWAB SOALAN
24 MURID 24 1
25 MURID 25 1
26 MURID 26 0

Jadual 1: Analisis markah peperiksaan soalan esei murid 

Berdasarkan markah yang ditunjukkan di dalam jadual diatas telah menunjukkan bahawa murid tidak mendapat markah penuh. Murid-murid hanya mendapat markah 1 hingga 4 sahaja. Murid-murid tidak mendapat markah penuh  kerana mereka tidak mempunyai idea untuk menghuraikan jawapan fakta yang mereka berikan. Murid-murid juga  lebih cenderung untuk mengulang semula soalan dan ini menjadikan guru tidak dapat memberikan sebarang markah  terhadap pengulangan soalan. Begitu juga, murid-murid telah mengulang pernyataan fakta. Apabila mengulang fakta  yang diberikan telah menyebabkan murid-murid kehilangan markah. 

Soalan temu bual Respon murid
Mengapakah anda tidak menjawab soalan esei? Saya tidak tahu apa yang hendak ditulis untuk menjawab soalan.
Mengapakah anda menulis huraian dengan mengulang semula soalan yang telah diberikan?Saya tiada idea untuk menjawab soalan
Mengapakah anda mengulang semula pernyataan sebagai huraian jawapan menjawab soalan esei?Saya mengulang semula pernyataan kerana tidak tahu untuk menulis huraian lanjutan.

Jadual 2: Soalan dan respon murid ketika guru menjalankan temu bual 

Saya telah membangunkan sendiri soalan temu bual bagi mendapatkan data untuk mengenal pasti punca murid-murid  tidak mendapat markah penuh menjawab soalan esei. Kebanyakan murid memberikan respon bahawa mereka tiada  idea untuk memberikan huraian lanjutan. Hal ini kerana murid-murid tiada panduan atau satu teknik yang  membolehkan mereka menjana idea untuk menjawab soalan esei. Kesannya, murid-murid hilang minat untuk berusaha menjawab soalan dan mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan. 

Tindakan menangani masalah (merancang aktiviti yang akan dilaksanakan) 

Mengenal pasti masalah 

Setelah meninjau masalah yang dihadapi oleh saya sebagai guru yang mengajar subjekPendidikan Moral, khususnya  membantu murid-murid menulis huraian dengan baik saya memulakan langkah dengan mengenal pasti masalah  murid-murid menggunakan instrumen soalan peperiksaan, pemerhatian di dalam bilik darjah, dan temu bual. 

Merancang tindakan 

Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi daripada dua aspek iaitu aspek amalan PdPc guru dan aspek murid,  saya mula merancang tindakan dengan menghasilkan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat bagi membantu murid murid membuat huraian lanjutan soalan esei. Kemudian, guru mendedahkan teknik jadual pasang siap Mak Bagi Kek  Coklat kepada murid-murid di dalam kelas. 

Melaksanakan tindakan 

Kemudian, setelah saya menghasilkan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat saya memperkenalkan kepada murid murid di dalam kelas. Pertama sekali, saya memperkenalkan dengan membina jadual pasang siap tersebut di papan  tulis. Seterusnya, saya mengeluarkan soalan esei dan membuat “brainstorming” bersama-sama murid. Apabila murid murid semakin mahir memberikan huraian, guru menguji murid dengan mengedarkan bahan bantu mengajar iaitu lembaran kerja dalam bentuk jadual pasang siap untuk mereka mencuba menulis huraian secara berkumpulan.

Memerhati 

Setelah saya mengedarkan jadual pasang siap tersebut, murid-murid memulakan perbincangan secara berkumpulan. Saya menjalankan rondaan untuk memerhati dan membimbing perbincangan murid-murid didalam kelas. Kemudian,  saya memerhati jawapan huraian yang ditulis oleh murid-murid secara berkumpulan didalam mini whiteboard. Seterusnya, saya menjalankan pemerhatian dengan berbual-bual bersama-sama murid tentang pendapat mereka  menggunakan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat. Akhir sekali, saya membuat pemerhatian ke atas prestasi  murid-murid melalui kertas peperiksaan. 

Refleksi 

Akhir sekali, saya membuat refleksi. Contohnya, menganalisis, menilai dan membuat refleksiterhadap penggunaan  jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat berdasarkan instrument pengumpulan data. Saya telah merekodkan markah  bagi lembaran kerja murid, mencatat respon temu bual murid dan mengambil gambar murid-murid ketika perbincangan dan sewaktu membentangkan huraian jawapan mereka di hadapan. 

Rajah 6: Ringkasan tindakan yang dijalankan bagi menangani masalah 

Pelaksanaan kajian 

Langkah 1 (22 OGOS 2022) 

Saya menghasilkan bahan bantu mengajar berbentuk poskad bergambar bagi menarik minat murid. Sebagai set induksi PdPc untuk memperkenalkan teknik menulis huraian saya menunjukkan poskad bergambar yang saya hasilkan sendiri menggunakan aplikasi Canva. Poskad bergambar ini bagi mengukuhkan ingatan murid mengingat ilustrasi dan akronim yang akan digunakan untuk membuat huraian sebelum saya memudahkan di dalam bentuk jadual. 

Rajah 7: Pengenalan penggunaan teknik jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklatdalam bentuk  poskad bergambar

Langkah 2 (22 OGOS 2022) 

Kemudian, saya menjelaskan maksud bagi setiap perkataan Mak Bagi Kek Coklat kepada murid-murid.  Setiap maksud perkataan akronim tersebut, saya labelkan dengan dua kata tanya iaitu Mengapa bagi  maksud Mak. Bagaimana bagi maksud Bagi. Seterusnya, dua kata nama iaitu Kek bermaksud Kesan.  Manakala Coklat mewakili Contoh. 

Rajah 8 : Label maksud bagi akronim yang digunakan 

Kehendak soalan Panduan Penulisan Huraian
Nilai Jika ada- Minimum mesti 3 nilai diberikan dengan tepat
Fakta 1/Justifikasi 1 Watak haruslah/ boleh/hendaklah
MAK Mengapa?Hal ini dikatakan demikian kerana/sebab/agar/supaya
BAGI Bagaimana?Iaitu/dengan
KEK KesanKesannya, Impaknya, Implikasinya,
COKLAT ContohContohnya, Misalnya,
Fakta 2/ Justifikasi 2 Watak haruslah/ boleh/hendaklah
MAK Mengapa?Hal ini dikatakan demikian kerana/sebab/agar/supaya
BAGI Bagaimana?Iaitu/dengan
KEK KesanKesannya, Impaknya, Implikasinya,
COKLAT ContohContohnya, Misalnya,

Jadual 3: Jadual Pasang Siap Mak Bagi Kek Coklat 

Langkah 3 (24 OGOS 2022) 

Seterusnya, saya mengeluarkan soalan esei beformat peperiksaan sebagai bahan perbincanganpada hari tersebut. Saya menjalankan brainstorming bersama-sama murid didalam kelasdengan berpandukan jadual pasang siap Mak Bagi Kek  Coklat. Bagi mengelakkan murid- murid berasa membuat huraian sukar, saya menerangkan satu set penggunaan jadual  Mak Bagi Kek Coklat terlebih dahulu yang melayakkan murid-murid mendapat 4 hingga 5 markahsebelum mereka mencuba untuk mendapat 8 markah. Setelah murid menguasai cara menghurai, saya lanjutkan kepada set kedua.

Rajah 8: Brainstorming untuk melengkapkan huraian esei berpandukan jadual pasang siapMak Bagi Kek Coklat 

Langkah 4 (29 OGOS 2022) 

Setelah saya melihat murid-murid semakin mahir menggunakan jadual pasang siap Mak BagiKek Coklat, saya  membahagikan murid-murid ke dalam kumpulan untuk mereka berbincang sesama sendiri bagi menulis huraian soalan esei. 

Rajah 9: Murid-murid berbincang menulis huraian soalan esei dan menulis hasilperbincangan ke dalam mini whiteboard

Langkah 5 (29 OGOS 2022) 

Setelah berbincang didalam kumpulan, murid-murid menulis jawapan di kertas mahjung. Kemudian, guru meminta setiap kumpulan mempersembahkan jawapan mereka dengan membentang dihadapan. Guru membimbing semakan bersama-sama murid. 

Rajah 10: Murid membentangkan hasil perbincangan dihadapan kelas 

Rajah 11: Hasil kerja murid 

Langkah 6 (KITARAN 1) (5 SEPTEMBER 2022) 

Setelah murid-murid menjawab secara berkumpulan, saya mengeluarkan lembaran kerja untuk dijawab oleh setiap  murid secara individu. Murid-murid diberikan soalan dan lembaranjadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat dan  dijawab dalam masa 15 minit. 

Rajah 12: Murid menjawab soalan secara individu menggunakan jadual pasang siapMak Bagi Kek Coklat

Langkah 7 (6 SEPTEMBER 2022) 

Seterusnya, saya menyemak hasil jawapan murid dan mendapati murid-murid mahir menggunakan jadual pasang siap  Mak Bagi Kek Coklat. Namun begitu, saya masih ingin melihat pencapaian murid-murid di dalam peperiksaan apabila mereka mengaplikasikan teknik ini untuk membuat huraian bagi soalan esei. 

Rajah 13: Semakan kertas lembaran kerja murid 

Langkah 8 (KITARAN 2) (12 SEPTEMBER 2022) 

Saya meningkatkan lagi aras kesukaran soalan bagi mencabar kemampuan murid menulis huraian soalan esei dengan  penggunaan jadual pasang siap. Kemudian, saya meminta murid- murid memindahkan jawapan yang ditulis didalam  bentuk jadual tersebut kepada bentuk sebuah esei bagi membiasakan murid dengan format peperiksaan. 

Rajah 14: Hasil kerja murid menunjukkan peningkatan

Langkah 9 (19 SEPTEMBER 2022) 

Kemudian, murid-murid menjawab soalan peperiksaan. Murid-murid pada kali ini menjawab dalam bentuk esei dan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat sebagai rangka jawapanuntuk menulis huraian. 

Rajah 15: Murid menduduki peperiksaan dan mengaplikasikan penggunaan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat bagi  menjawab soalan esei. 

Langkah 10 (26 SEPTEMBER 2022) 

Akhir sekali, saya menyemak kertas peperiksaan murid. Markah murid direkodkan dan saya membuat perbandingan markah sebelum dan selepas intervensi dijalankan. 

BIL MURID MARKAH PEPERIKSAAN 1 (10) MARKAH PEPERIKSAAN 2(10)
MURID 1 9
MURID 2 10
MURID 3 9
MURID 4 9
MURID 5 9
MURID 6 10
MURID 7 10
MURID 8 9
MURID 9 9
10 MURID 10 9
11 MURID 11 9
12 MURID 12 9
13 MURID 13 9
14 MURID 14 10
15 MURID 15 10
16 MURID 16 TIDAK MENJAWAB SOALAN 9
17 MURID 17 9
18 MURID 18 TIDAK MENJAWAB SOALAN 9
19 MURID 19 10
20 MURID 20 9
21 MURID 21 10
22 MURID 22 TIDAK MENJAWAB SOALAN 9
23 MURID 23 TIDAK MENJAWAB SOALAN 9
24 MURID 24 10
25 MURID 25 10
26 MURID 26 9

Jadual 4: Perbandingan markah peperiksaan 1 dan markah peperiksaan 2

REFLEKSI KAJIAN 

Perubahan diri pengkaji 

Kajian ini telah dikongsikan bersama-sama rakan guru di dalam panitia Pendidikan Moral dan turut dijilidkan didalam  bentuk modul serta diedarkan kepada semua murid Tingkatan 5 sebagai salah satu bahan untuk pecutan akhir sebelum menduduki peperiksaan SPM. Kajian ini turut di sebar luas melalui saluran YouTube Channel Cikgu Moreeca Anggo sebagai salah satu alternatif mudah akses bagi murid-murid dan guru Pendidikan Moral. Penggunaan jadual pasang  siap Mak Bagi Kek Coklat ini turut dikongsikan bersama- sama rakan guru yang mengajar di Lawas dan Kota Semarahan melalui saluran Google Meet 

Amalan pengajaran dan pemudahcaraan guru 

Penggunaan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat ini telah menwujudkan iklim pembelajaran yang  menyeronokkan dan menepati ciri pembelajaran PAK 21 apabila guru mengajak murid-murid melakukan  brainstorming di dalam bilik darjah. Selain itu, penggunaan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat telah memaksa  guru menjadi lebih kreatif dalam merancang PdPc supaya dapat menarik minat dan meningkatkan prestasi murid. 

Aspek murid 

Kajian tindakan ini telah meningkatkan minat murid untuk menjawab soalan guru dengan memberikan huraian lanjutan apabila mereka cepat dan aktif memberikan respon terhadap soalan yang diajukan oleh guru didalam kelas. Bukan itu sahaja, kajian ini juga telah membantu meningkatkan prestasi murid didalam peperiksaan. 

Aspek subjek Pendidikan Moral 

Kajian ini juga telah meningkatkan motivasi murid untuk menjawab soalan esei bahagian B dan C dantidak lagi  membiarkan soalan kosong tanpa jawapan. Jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat digunakan sebagai bahan bantu mengajaruntuk menarik minat murid menulis huraian bagi soalan esei 

CADANGAN KAJIAN 

Kajian ini boleh ditambahbaik dengan menerapkan elemen ICT iaitu penggunaan 3D Apps yang dapat membantu  murid-murid untuk mengulangkaji sendiri di rumah atau dimana-mana sahaja asalkan mendapat capaian internet. Selain itu, pada masa akan datang boleh ditambahbaik dengan menggunakan aplikasi mylink.la bagi memudahkan murid-murid mencuba sendiri soalan-soalan esei dengan menggunakan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat.

Rujukan 

Bakken, J. P dan Simpson, C. G (2011). Mnemonic Strategies:Success for The Young Adult. 

Balakrishnan, V. (2012) Dilema Kehidupan Sebenar Dalam Pendidikan Moral. KualaLumpur: Penerbit  Universiti Malaya. 

Bea Justin D. Java. (2020) The relationship between speaking and writing. Hournal ofEducational, 2(3) 49-55. 

Craig, D.V (2004). Practioner action research: Action research to improve practice. WorkBased Learning in Primary Care (2):324-327 

Faezah & Seamah (2006). Hubungan antara kedesaran metakognisi, motivasi dan pencapaianpelajar university. Jurnnal Pendidikan 21-39. 

Hairul Faiezi Lokman, Nicole, Aaron, Cornie (2021) Implementasi Modul Hibrid 18 Nilai Universal Pendidikan Moral Sekolah. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial danKemanusiaan ke-6  (PASAK6 2021) 

Kartika Asmarani. (2013). Efektifitas Metode Mnemonik Dalam Meningkatkan Daya IngatSiswa Kelas  IX SMP Negeri 2 Satu Atap Sluke Pada Mata Pelajaran Sejarah. 

UniversitasNegeri Semarang 

Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. (2013) Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 dalamPengajaran  dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama, 338-352. 

Norul Haida. (2014). Modul “Bijak Mengarang” mempertingkatkan kemahiran menulis karangan. Jurnal Peradaban Melayu, 9(1),54-62. 

Othman, M.K. Suhid, A. Mat Rashid, A., & Roslan, S (2015) Pengahayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini. Jurnal Pembangunan Sosial,18,120. Wiggins, B.E (2016). An Overview and study on the use of games, simulations and gamification in  higher education. International Journal of Game-Based Learning, 6(1), 18-29. https://doi.org/10.4018/IJGBL.2016010102

Ditlus oleh Moreeca Anak Anggo


TEMPAT MENGAJAR : SMK PENRISSEN, KUCHING SARAWAK
PENGALAMAN MENGAJAR : 10 TAHUN
SUBJEK DIAJAR : PENDIDIKAN MORAL

Leave a comment