Objektif Kit FGASS membantu murid menerangkan konsep pembukaan dan penutupan stoma mengikut urutan yang betul bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 3.
Tinjauan awal mendapati murid menghadapi masalah dalam menerangkan konsep pembukaan dan penutupan stoma mengikut urutan dengan betul. Sebelum intervensi dijalankan guru menganalisis skor ujian bulanan dan mendapati murid belum menguasai konsep pembukaan dan penutupan stoma. Bagi menangani masalah tersebut, perancangan dan tindakan telah dibuat sehingga terhasilnya KIT FGASS. Kit FGASS yang dihasilkan adalah alat bantu mengajar yang berunsur didik hibur. Ia bertujuan membantu murid menerangkan konsep pembukaan dan penutupan stoma mengikut urutan yang tepat dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga. KIT FGASS mengandungi satu set bahan maujud yang terdiri daripada gambar rajah stoma, anak panah mewakili air keluar atau masuk, gambar matahari atau bulan dan kad FGASS. Hasil dapatan kajian menunjukkan, analisis purata markah parujian murid hanya 25.00%. Namun, selepas mengaplikasikan KIT FGASS semasa kelas intervensi, peningkatan sebanyak 75.00% pada ujian post (100.00%). KIT FGASS merupakan satu inovasi yang berjaya memperbaiki amalan pembelajaran murid dalam menguasai kemahiran menerangkan dengan betul tentang pembukaan dan penutupan stoma mengikut urutan yang menepati ciri-ciri Pendidikan Abad ke 21.
Akronim FGASS ini merujuk kepada beberapa suku kata yang diringkaskan, iaitu F untuk fotosintesis, G untuk perlu glukosa, A untuk air, S untuk stoma dan S untul sel pengawal. Ianya merupakan susunan menerangkan pembukaan dan penutupan stoma, bagi memudahkan murid menerangkan dengan baik dan mengikut susunan yang betul. Menggunakan Kit FGASS ini, murid mengaplikasi empat langkah menerangkan pembukaan dan penutupan stoma. Sasaran inovasi ini ialah murid yang mengambil subjek Sains Tingkatan Tiga.
Murid menghadapi masalah dalam memahami proses osmosis dalam tumbuhan (Yael Friedler, Ruth Amir & Pinchas Tamir,1987). Pemahaman yang jelas tentang proses resapan dan osmosis tidak berlaku dalam kebanyakan murid (Odom, 1995). Penutupan dan pembukaan stoma merupakan subtopik terakhir dalam bab 2 Pengangkutan, Sains tingkatan 3. Bab ini membincangkan sistem pengangkutan bagi haiwan dan tumbuhan. Bagi pengangkutan dalam tumbuhan murid perlu menerangkan mengapa stoma tertutup di malam hari dan terbuka di siang hari. Murid menghadapi masalah kerana tidak dapat membuat perkaitan di antara penutupan dan pembukaan stoma terhadap kepekatan glukosa dan peresapan air ke luar sel pengawal secara osmosis.
Maka Kit FGASS sebagai salah satu alat bantu mengajar diinovasikan bagi menyediakan suasana pembelajaran yang menarik serta menyeronokkan (Rastegarpour & Marashi, 2012). Suasana pembelajaran ini dapat menyuntik motivasi murid supaya terus bersemangat untuk belajar sains dan ia dapat dilihat melalui penyertaan aktif mereka (Stojanovska, 2020). Inovasi ini membantu murid menerangkan konsep pembukaan dan penutupan stoma mengikut urutan yang betul di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Sehubungan itu, untuk memahami proses osmosis, murid perlu mengukuhkan konsep kepekatan dan keterlarutan. (Johnstone & Mahmond, 1980).Kit FGASS merupakan alat bantu mengajar yang memberi ruang kepada murid melakukan aktiviti hands on untuk lebih memahami penutupan dan pembukaan stoma kerana fenomena itu tidak dapat dilihat mata kasar.
Sebelum Kit FGASS dibina, teknik GASS diperkenalkan kepada murid untuk memudahkan murid menyusun dengan betul penerangan pembukaan dan penutupann stoma digabungkan dengan teknik tangan terbuka dan tertutup.
| Teknik GASS (2019) | |
| Langkah 1: Murid diperkenalkan tentang teknik GASS G-GLUKOSAA-AIRS-SEL PENGAWALS-STOMA | |
Langkah 2 : Murid diperkenalkan tentang teknik tangan untuk membantu pemahaman tentang pembukaan dan penutupan stoma | |
Langkah 3 : Murid menerangkan pembukaan dan penutupan stoma menggabungkan kedua-dua teknik | |
Namun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru sewaktu melaksanakan teknik tersebut. Antaranya
- Murid masih keliru tentang pergerakan air secara osmosis.
- Murid tidak dapat mengaitkan kepekatan glukosa.
- Tiada kepingan kertas aktiviti. Murid hanya menuliskan maklumat di kertas sendiri.
Maka tercetuslah idea guru untuk menghasilkan kit FGASS untuk memudahkan murid memahami konsep pembukaan dan penutupan stoma. Kit ini memerlukan murid memegang sendiri model stoma dan meletakkan anak panah yang mewakili pergerakan air.
| KIT FGASS (2022) | |
| Langkah 1: Murid diperkenalkan KIT FGASS yang dilengkapi dengan gambar stoma, anak panah mewakili air keluar atau masuk, gambar matahari atau bulan dan kad FGASS. F-FOTOSINTESISG-GLUKOSAA-AIRS-SEL PENGAWALS-STOMA | |
Langkah 2 : Murid dibahagikan mengikut kumpulan dan pendedahan penggunaan KIT FGASS Ini memudahkan murid menulis mengikut urutan dan penggunaan ayat yang betul | |
Langkah 3: Murid menggunakan KIT FGASS untuk memberi kesan interaktif bahan maujud bagi meningkatkan kefahaman terhadap konsep pembukaanbukaan dan penutupan stoma. | |
Walaupun terdapat beberapa proses sains yang berlaku tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun murid perlu menerangkan dengan betul. Kit ini khas dicipta untuk memudahkan murid menerangkan konsep pembukaan dan penutupan stoma dengan betul kerana proses ini tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar. Umum maklum, murid terdiri daripada pelbagai aras kognitif yang berbeza sudah tentu tahap pemahaman dan pencapaian mereka berlainan. Sebagai guru sekolah menengah harian biasa, kami sering mencari jalan untuk membantu golongan ini. Lantaran itu, terciptalah Kit FGASS.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan sekotak Kit FGASS di atas meja masing-masing. Kad manual penggunaan dalam bentuk kod QR yang perlu diimbas bagi memastikan murid faham bagaimana menjalankan aktiviti ini. Setiap Kepingan kertas pengajaran dan pembelajaran berubah daripada “chalk and talk” kepada pembelajaran yang lebih bererti dengan penggunaan bahan maujud. Ahli dalam kumpulan akan menuliskan dapatan daripada aktiviti ini. rangsangan kepada murid.
Rajah 1. Kit FGASS digunakan dalam kelas
Keberkesanan Inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran
i) Analisis antara Ujian Pra dan Ujian Post
Kaedah ujian yang digunakan ini termasuk Ujian Pra iaitu ujian sebelum menggunakan KIT FGASS dan Ujian Post iaitu ujian selepas menggunakan KIT FGASSi. Ujian Pra dijalankan untuk menganalisis tinjauan awal sebelum KIT FGASS digunakan. Manakala, Ujian Post dijalankan kepada kumpulan sasaran selepas KIT FGASS digunakan, selepas semua langkah dalam KIT FGASS telah dijalankan untuk mengukur sejauh manakah inovasi tersebut dapat membantu kumpulan sasaran mencapai objektif inovasi.
Melalui perbandingan keputusan peserta kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Post, dapat dilihat bahawa semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang amat cemerlang. Secara keseluruhan, pencapaian peserta kajian dalam Ujian Post tersebut jauh lebih baik berbanding dengan Ujian Pra. Peningkatan adalah sebanyak 100%, dengan peningkatan pencapaian tersebut, penguasaan menerangkan dengan betul tentang pembukaan dan penutupan stoma mengikut urutan yang tepat telah beralih dari tahap lemah dan sederhana ke tahap cemerlang berdasarkan hasil semakan guru. Hal ini menunjukkan tahap penguasaan peserta kajian dalam menerangkan dengan betul tentang pembukaan dan penutupan stoma mengikut urutan yang tepat menjadi lebih kukuh dan mantap selepas menggunakan produk iniovasi KIT FGASS. Tuntasnya, jelaslah bahawa KIT FGASS yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berjaya membantu peserta kajian untuk menguasai dan memperkembangkan menerangkan dengan betul tentang pembukaan dan penutupan stoma mengikut urutan yang tepat.
Rajah 12. Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Post
Rajah 13. Graf Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan
Ujian Post
ii) Analisis Tinjauan Soal Selidik
Kaedah kedua yang digunakan untuk menentukan keberkesanan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah melalui kaedah tinjauan yang menggunakan google form bagi menjalankan soal selidik yang mengandungi tujuk konstruk iaitu Kebolehgunaan (A), Keyakinan (B), Kepuasan (C), Keseronokan (D), Tumpuan Berfokus (E), Kerelevanan (F), dan Pembelajaran (G) dengan 22 item. Item-item diukur menggunakan skala Likert lima mata bagi mendapatkan maklum balas murid selepas menggunakan KIT FGASS. Skala Likert lima mata ini dibahagikan kepada lima pemerkatan iaitu :
Jadual 2 . Skala Jawapan Murid Bagi Setiap Konstruk Kajian
| Skala | Penerangan |
| 1 | Sangat tidak setuju (STS) |
| 2 | Tidak setuju (TS) |
| 3 | Kurang Setuju (KS) |
| 4 | Setuju (S) |
| 5 | Sangat setuju (SS) |
Sumber : Likert (1932)
Jadual 3 menunjukkan penilaian yang dilakukan oleh murid selepas menggunakan KIT FGASS.
Jadual 3. Penilaian Murid Selepas Menggunakan KIT FGASS
| Pernyataan | STS | TS | KS | S | SS |
| Konstruk A : Kebolehgunaan | |||||
| (i) Ciri-ciri estetika | |||||
| Grafik menarik minat saya. | 0 | 0 | 0 | 3 | 10 |
| 0 | 0 | 0 | 23.1% | 79.6% | |
| Model adalah bersesuaian. | 0 | 0 | 0 | 2 | 11 |
| 0 | 0 | 0 | 15.4% | 84.6% | |
| Warna teks digabungkan dengan baik. | 0 | 0 | 0 | 2 | 11 |
| 0 | 0 | 0 | 15.4% | 84.6% | |
| ii) Kebolehbelajaran | |||||
| Saya perlu menguasai konsep osmosis sebelum menggunakan KIT ini. | 0 | 1 | 0 | 8 | 4 |
| 0 | 7.7% | 0 | 61.5% | 30.8% | |
| Belajar menggunakan KIT ini adalah mudah bagi saya. | 0 | 0 | 0 | 1 | 12 |
| 0 | 0 | 0 | 7.7% | 92.3% | |
| Saya berpendapat pengguna akan belajar menggunakan KIT ini dengan cepat. | 0 | 0 | 0 | 2 | 11 |
| 0 | 0 | 0 | 15.4% | 84.6% | |
| iii) Kebolehkendalian | |||||
| Saya berpendapat bahawa KIT ini senang digunakan. | 0 | 0 | 0 | 1 | 11 |
| 0 | 0 | 0 | 15.4% | 84.6% | |
| Manual penggunaan KIT ini jelas. | 0 | 0 | 0 | 1 | 12 |
| 0 | 0 | 0 | 7.7% | 92.3% | |
| Konstruk B : Keyakinan | |||||
| Pertama kali melihat KIT ini, saya dapat merasakan bahawa KIT ini mudah bagi saya. | 0 | 0 | 1 | 5 | 7 |
| 0 | 0 | 7.7% | 38.5% | 53.8% | |
| Kandungan pembelajaran topik kesan osmosis dalam KIT ini membantu saya menjadi lebih yakin untuk belajar melalui KIT ini. | 0 | 0 | 1 | 2 | 10 |
| 0 | 0 | 7.7% | 15.4% | 76.9% | |
| Struktur KIT ini membantu saya menjadi lebih yakin untuk menguasai topik kesan osmosis terhadap liang stoma melalui KIT ini. | 0 | 0 | 0 | 5 | 8 |
| 0 | 0 | 0 | 38.5% | 61.5% | |
| Konstruk C : Kepuasan | |||||
| Saya berpuas hati dengan perkara yang saya pelajari melalui KIT ini. | 0 | 0 | 0 | 0 | 13 |
| 0 | 0 | 0 | 0 | 100% | |
| Saya akan mengesyorkan KIT ini kepada rakan saya. | 0 | 0 | 0 | 1 | 12 |
| 0 | 0 | 0 | 7.7% | 92.3% | |
| Konstruk D : Keseronokan | |||||
| Saya berasa seronok menggunakan KIT ini. | 0 | 0 | 0 | 0 | 13 |
| 0 | 0 | 0 | 0 | 100% | |
| Lembaran FGASS dalam KIT ini memberikan keseronokkan. | 0 | 0 | 0 | 1 | 12 |
| 0 | 0 | 0 | 7.7% | 92.3% | |
| Elemen model FGASS dalam KIT ini memberikan keseronokkan. | 0 | 0 | 0 | 2 | 11 |
| 0 | 0 | 0 | 15.4% | 84.6% | |
| Konstruk E : Tumpuan Berfokus | |||||
| Terdapat sesuatu yang menarik pada permulaan KIT ini yang menarik perhatian saya. | 0 | 0 | 0 | 6 | 7 |
| 0 | 0 | 0 | 42.6% | 53.8% | |
| Saya sangat khusyuk menggunakan KIT ini hingga tidak menyedari masa berlalu. | 0 | 0 | 4 | 5 | 5 |
| 0 | 0 | 28.6% | 35.7% | 35.7% | |
| Konstruk F : Kerelevanan | |||||
| Kandungan KIT relevan dengan minat saya. | 0 | 0 | 1 | 8 | 4 |
| 0 | 0 | 7.7% | 61.5% | 30.8% | |
| Saya faham bagaimana kandungan KIT ini berkait dengan mata pelajaran | 0 | 0 | 0 | 3 | 10 |
| 0 | 0 | 0 | 23.1% | 79.6% | |
| Konstruk G : Pembelajaran Yang Diterima | |||||
| KIT ini menyumbang terhadap pembelajaran saya dalam mata pelajaran ini. | 0 | 0 | 0 | 4 | 9 |
| 0 | 0 | 0 | 30.8% | 69.2% | |
| KIT ini menyediakan pembelajaran yang cekap berbanding dengan aktiviti lain dalam mata pelajaran ini. | 0 | 0 | 0 | 7 | 6 |
| 0 | 0 | 0 | 53.8% | 46.2% | |
Berdasarkan analisis terhadap 22 item daripada tujuh konstruk, 17 item memperolehi nilai peratus yang berada pada tahap tinggi bagi skala Setuju dan Sangat Setuju iaitu melebihi 71.4% ke atas manakala lima item memperolehi nilai peratus bagi skala kurang setuju dan tidak setuju pada tahap rendah iaitu kurang 28.6% daripada konstruk tumpuan berfokus. Namun begitu, semua konstruk berada pada tahap tinggi.
Kit FGASS yang diperkenalkan kepada murid telah meningkatkan kemahiran murid menguasai teknik penulisan penerangan pembukaan dan penutupan liang stoma dengan betul dan teratur. Melalui inovasi yang telah kami jalankan didapati strategi pembelajaran aktif yang telah kami aplikasikan dengan menggunakan kit ini telah membantu meningkatkan keberhasilan murid dalam menguasai kemahiran menerangkan pembukaan dan penutupan liang stoma dengan baik. Pada masa yang sama, mereka belajar melabel perkara penting sebelum menjawab soalan iaitu melabel keluar masuk air dan mekanisme pembukaan dan penutupan liang stoma.
Rujukan:
- Friedler, Y., Amir, R., & Tamir, P. (1987). High school students’ difficulties in understanding osmosis. International Journal of Science Education, 9(5), 541–551
- Odom, A. L., & Barrow, L. H. (1995). Development and application of a two-tire diagnostic test measuring college biology students’ understanding of diffusion and osmosis after a course of instruction. Journal of research in Science Teaching, 32, 45-61.
- Johnstone, A.H. and Mahmoud, N.A. (1980) Isolating Topics of High Perceived Difficulty in School Biology. Journal of Biological Education,
- H. Rastegarpour, Poopak Marashi, Published 2012,Chemistry, Education, Computer Science, Procedia – Social and Behavioral Sciences
- Tho Lai Hoong, Che Ahamad bin Daud (2018). Buku Teks Sains Tingkatan 3. Pertukaran gas dalam tumbuhan, 69-70
Ditulis oleh Nurul Ilani binti Ilham dan Saibahtul Islamiah binti Rosly

Cikgu Nurul Ilani merupakan seorang guru subjek sains dan matematik, Duta Guru Petronas, dan mengajar di SMK Sungai Pusu.

Cikgu Saibahtul merupakan guru Kimia di SMK Sungai Pusu, Selangor. Beliau telah menerima Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri Selangor pada 24 Mei 2022 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor.