


Pada 12 April, 26 April, dan 10 Mei 2025, HIVE Educators telah melaksanakan siri bengkel ‘Menegakkan Hak Kanak-Kanak Melalui Pendidikan’. Modul yang digunakan adalah berdasarkan modul yang dibina oleh ‘Pertubuhan Buruh Antarabangsa’. Para peserta yang telah hadir terdiri dari pendidik di semua peringkat sama ada di sektor kerajaan, swasta, mahupun dari pusat pembelajaran komuniti.
Kami berharap para peserta dapat menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan kesedaran mengenai hak pendidikan kanak-kanak melalui kaedah pedagogi yang interaktif dan menarik kepada murid/pelajar di sekolah masing-masing.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ‘Ratio: Cause’ kerana telah berkongsi bahan-bahan untuk digunakan oleh para pendidik dalam meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak mengikut kapasiti masing-masing.
Sebagai golongan pendidik, melalui kaedah-kaedah pedagogi yang telah dikongsi, kita dapat menjadi agen perubahan kepada masyarakat.