TARIKAN GAYA MURID SLOW LEARNER DAN PENDIDIKAN KHAS

Setiap ibu bapa mengimpikan kecemerlangan buat anak-anak. Namun rezeki dan kebolehan anak-anak mengikut acuan dan didikan yang bermula dari rumah. Perkataan “slow learner” sering dianggap sebagai masalah dan menjadikan suasana menjadi tidak harmoni dan bersemangat.

Istilah slow learner dan disleksia sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran kanak-kanak.Bagi mana-mana individu yang tidak mengetahui definisi sebenar bagi kedua-dua istilah ini mungkin akan terkeliru dan menyebabkan istilah-istilah tersebut disalah tafsir mengikut fahaman masing-masing.

Ianya juga digunakan kepada kepada individu yang mempunyai keupayaan mempelajari kemahiran akademik yang rendah berbanding kebanyakan pelajar dalam kumpulan mereka.Slow learner memerlukan masa lebih lama dan pengulangan yang banyak untuk mempelajari sesuatu konsep.

Selain itu, mereka juga mempunyai masalah dengan kemahiran penaakulan dan pemikiran tahap tinggi menyebabkan wujudnya orang pengetahuan dan kemahiran asas.Masalah ini boleh menyebabkan mereka cepat berputus asa dan tidak mahu hadir ke sekolah kerana sering berasa bimbang dan rendah diri. Tempoh yang lama ini mengakibatkan gagal memahami pelajaran dan penat.

Apa itu disleksia?

Disleksia merupakan merupakan Salah satu daripada kecelaruan pembelajaran khusus di mana individu yang menghadapi disleksia ini sukar untuk membaca, menulis dan mengeja perkataan. Namun begitu, tahap KECERDASAN minda mereka beradab panda tahap purata atau lebih tinggi berbanding slow learner.

Berikut adalah beberapa STRATEGI khusus dalam bilik darjah Dan bagaimana ia menyumbang KEPADA NILAI pendidikan.

  1.  Pengajaran berdiferesiasi( Differentiated instruction)

STRATEGI ini melibatkan pengubahsuaian kandungan, proses Dan hasil pembelajaran berdasarkan keperluan Dan keupayaan MURID. SEBAGAI CONTOH, guru boleh MEMBERI tugasan yang lebih ringkas atau menggunakan bahan bantu mengajar visual untuk MURID slow learner. STRATEGI ini menunjukkan keadilan dalam pendidikan

  • Gunakan pendekatan pembelajaran visual, auditori dan kinestetik(VAK)

Ramai dalam kalangan slow learner memberi respon lebih baik kepada bahan pembelajaran yang melibatkan pelbagai deria. Penggunaan gambar, video, lakonan ringkas atau pergerakan tangan boleh membantu mereka memahami sesuatu konsep dengan lebih baik. Melalui kaedah ini mewujudkan suasana pembelajaran yang meransang dan menyokong pelbagai gaya pembelajaran

  • Pemberian arahan langkah langkah demi langkah dan peneguhan positif

Pemberian arahan hendaklah jelas, mudah dan diberi secara berperingkat. Begitu juga pujian atau ganjaran kecil hendaklah diberikan atas pencapaian murid untuk meningkatkan prestasi murid.Pengiktirafan usaha kecil murid suatu perkara yang perlu digarap untuk membina keyakinan murid.

  • Penggunaan Teknologi pendidikan.

Perisian interaktif, aplikasi pembelajaran khas atau rakaman audio boleh membantu murid mengulangkaji pelajaran mengikut kadar mereka sendiri.Melalui kaedah ini memberi ruang kepada semua murid untuk belajar tanpa halangan teknikal atau kognitif.

  • Pembelajaran berasaskan permainan (Game-based Learning)

Melalui aktiviti seperti kuiz interaktif , kad imbas(flash card), atau permainan berasaskan cerita boleh meningkatkan penglibatan murid dan membantu mereka mengingati fakta dengan lebih baik. Ia secara tidak langsung menyuntuk kegembiraan dalam pembelajaran dalam kalangan murid.

  • Bimbingan dan pemantauan secara individu.

Murid slow learner sering memerlukan intervensi tambahan dan perhatian individu. Guru boleh merancang sesi khas untuk memberi bimbingan atau mengukuhkan konsep tertentu. Manakala dari segi nilai pendidikan penghayatan kasih sayang dan empati dalam mendidik dapat diterapkan. Pendidikan sebagai satu proses membimbing, bukan menghukum.

Kesimpulan

Tuntasnya, Pendidikan Inklusif membuktikan pendekatan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) berusaha untuk memberi hak sama rat kepada setiap rakyat dan warga Malaysia.Ini bermaksud pendidik mesti mempunyai kemahiran untuk menggunakan pedagogi pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan MBK yang ada di KELAS.

 Penyelidik pedagogi Inklusif berpendapat bahawa tiada kaedah khusus untuk MBK kecuali untuk MURID kurang supaya pendengaran atau penglihatan.Guru memainkan peranan penting dalam membina suasana pembelajaran yang inklusif Dan berperikemanusiaan. STRATEGI bilik darjah yang berfokus kepada keperluan individu membuktikan bahawa pendidikan bukanlah satu sistem yang kaku, tetapi satu proses yang sarat DENGAN NILAI, belas ihsan Dan harapan.

Rujukan

(1)  Kementerian Pendidikan Malaysia, Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Kuala Lumpur.Kementerian Pendidikan Malaysia,2012

(2) H.Haris and K.F.hairudin,”Pelaksanaan pedagogi Inklusif bagi MURID berkeperluan khas masalah pembelajaran,”Malaysian journal of social sciences and humanities (MJSSH,vol.6no.2,pp.197-210,2021)

(3)  H.A.Wahab, Keselamatan social pekerja polisi Dan perundangan chapter4, Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia 2008.

(4)    Bahagian Pendidikan Khas,Garis manduan program Pendidikan Inklusif MURID berkeperluan khas,Edisi 2018, cetakan pertama Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia ,2018.

Ditulis oleh Quszaini bin Abd Manan

Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.

Leave a comment