
Ahmad Safarman Dollah, lahir di Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Sastera (Pengkhususan Bahaa dan Linguistik Melayu) di UPM, Serdang Selangor. Kemudian menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLL) dalam bidang Pengajian Melayu Di IPGM Kampus Perlis. Seterusnya ditempatkan mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaaan (SJKC) Ayer Kala Lenggong, Perak. Selepas itu bertukar sekolah di Sekolah Kebangsaan Kenering, Gerik Perak sehingga kini. Guru subjek Bahasa Melayu dan Sejarah ini sangat aktif di Hulu Perak terutama dalam bidang koakademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bahas, bercerita, pidato, pantun, cerpen, sajak, teater solo dan sebagainya.