PENGENALAN
Kata-kata ini selalu terngiang-ngiang di benak hati murid-murid:
“Kau pergilah ke depan…saya takut…takut salah…Ishhhh !Malu la…Nanti kawan-kawan gelakkan saya”.
Ramai murid atau anak-anak takut dan kurang berkeyakinan untuk bercakap di hadapan. Tetapi bakat ini boleh diasah dan digilap mengikut cara dan acuan yang betul. Bahkan sekiranya dibuat dan dibiasakan dengan betul, akan menjadi insan yang hebat suatu hari nanti. Terdapat pelbagai faktor seseorang itu dibelenggu oleh perasaan takut. Ketakutan yang paling maksimum di kalangan murid apabila berhadapan dengan orang ramai adalah apabila diejek oleh orang lain. Ketakutan inilah yang paling utama dan sukar dikawal sehingga menjejaskan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi seseorang murid tersebut.
Seseorang akan menjadi tidak yakin terhadap kemampuan diri sendiri kerana sentiasa mempunyai perasaan rendah diridan sekaligus menjadi halangan untuk berkomunikasi. Selain itu, individu tersebut tidak akan berani mencuba sesuatu yang baharu kerana semangatnya yang lemah dan tidak berani mengambil risiko dalam membuat keputusan (decision-maker).
Komunikasi adalah salah satu bentuk interaksi manusia dalam kehidupan sosial yang tidak terlepas dari dua sumber iaitu al Quran dan As Sunnah. Ini kerana proses komunikasi mepukan elemen paling penting dalam muamalat. Islam mengkehendaki nilai-nilai syar’ie ini dapat mewarnai dalam proses komunikasi sehingga melahirkan kedudukan di mana komunikasi melahirkan suasana kedamaian bukan permusuhan (Wildan, 2003). Jadi, terdapat lima tip untuk mengelakkan perasaan takut untuk berkomunikasi.
TIP UNTUK BERANI BERKOMUNIKASI
- Percaya diri sendiri dan elakkan diri dari memikirkan anggapan orang sekeliling samada tanggapan positif atau sebaliknya. Tanggapan orang terhadap diri adalah tidak penting kerana hati tidak terusik walau sedikit pun. Seseorang akan takut untuk bercakap di hadapan khalayak ramai jika berniat untuk menunjukkan kehebatan diri kepada orang lain, bukan dengan niat untuk melazimi ilmu dan memberi manfaat kepada orang lain. Paling penting dalam komunikasi ini adalah dapat menyampaikan sesuatu dengan jelas dan mudah difahami oleh pendengar.
- Berbicara atau bercakap secara sendiri. Menurut dalam buku Psychology Today, melatih self -talk atau berbicara sendiri boleh meningkatkan rasa percaya diri (Richard R.Bootzin, 1990). Anda boleh berdiri di hadapan cermin dan perhatikan mimik wajah sendiri. Mulailah bercakap dengan jelas dan tidak terburu-buru. Anggaplah anda sedang becakap dengan kawan sendiri. Manakala sekiranya merasa penyampaian atau penampilan kurang menarik, anda boleh memperbaikinya.
- Berbicara atau bercakap secara sendiri. Menurut dalam buku Psychology Today, melatih self -talk atau berbicara sendiri boleh meningkatkan rasa percaya diri (Richard R.Bootzin, 1990). Anda boleh berdiri di hadapan cermin dan perhatikan mimik wajah sendiri. Mulailah bercakap dengan jelas dan tidak terburu-buru. Anggaplah anda sedang becakap dengan kawan sendiri. Manakala sekiranya merasa penyampaian atau penampilan kurang menarik, anda boleh memperbaikinya,
- Perbanyakkan latihan bercakap dengan rakan atau ahli keluarga. Murid-murid boleh meminta rakan mendengar apa yang disampaikan oleh kita dan setelah selesai mintalah mereka komen dan memberi pandangan serta nasihat untuk memperbaiki kesilapan. Menurut John Grindrod, penulis Concretopia:A Journey Around the rebuilding of Post-War Britain, menyatakan bahawa tingkat kepercayaan diri seseorang dibentuk oleh lingkungan. Jika anda berada di tengah-tengah orang yang jarang bersuara, maka anda akan terbawa untuk ikut diam terus menerus (Grindrod, 2013).
- Berusaha untuk memantapkan diri dari segi dalaman diri dan fizikal. Bagi mengelakkan perasaan gementar dan takut ketika hendak berkomunikasi, cuba tarik nafas dalam-dalam. Tindakan ini akan mengeluarkan hormon endorfin, aiaitu satu hormon penerima yang wujud dalam seluruh sel, yang menyebabkan aliran udara dalam otak atau brain sinus menjadi laju. Kesannya, kita akan menjadi lebih tenang dan hormon positif banyak melalui pernafasan yang baik. Fokus pemikiran yang baik membuahkan idea yang tersusun dan bernas dalam berkomunikasi (Gilbert, 2019).
- Elakkan persaingan. Apabila ada niat untuk bersaing antara satu sama lain, tentunya ada sikap hendak menunjuk-nunjuk dan menonjolkan diri. Sekiranya ini berlaku, ia akan menjejaskan pengaliran idea yang berkesan. Jadi, kita perlu wujdukan suasana bekerjasama dan berkumpulan. Ini lebih baik dari seronok-seronok atau syok sendiri.
Kesimpulannya, orang yang berjaya adalah orang yang fokus kepada setiap tindakan, percakapan atau komunikasinya. Manakala orang yang minda bercelaru adalah orang yang dibayangi perasaan takut dan gementar. Orang yang hatinya tidak bersih dan ikhlas akan terserlah keperibadian negatifnya melalui pertuturan atau tindakannya.
Ditulis oleh Ustaz Quszaini bin Abd Manan

Nama yang diberi Quszaini bin Abd Manan. Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.