- PENGENALAN
Ramai ibu bapa yang mempunyai anak lemah( slow learner) memilih untuk menyembunyikan anak mereka dari pandangan umum sebelum ini. Namun, pemikiran sedemikian semua ditinggalkan segelintir ibu bapa selepas mendapat pendedahan dan maklumat melalui kumpulan sokongan. Keresahan dan kegusaran merupakan keadaan perasaan dan emosi yang sering dihadapi oleh manusia dalam kehidupan seharian. Di sekolah, keresahan dalam mata pelajaran antara faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian murid dalam sesebuah mata pelajaran di sekolah rendah.
Slow learner disini bermaksud kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas/kokurikulum/sekolah biasa, dia terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah /objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah /rendah. Dalam istilah bahasa arab keresahan membawa maksud al qalaq,hasr atau jaz’u (Muhammad, 1970); (Ma’mun, 1995)
Firman Allah S.W.T. :
”Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah,gelisah dan apabila ia beroleh kesenangan , ia sangat bakhil kedekut, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat”. (surah al -Ma’arij 70:19-22)
- CARA UNTUK MENGENALI MURID LEMAH
- Dalam proses untuk mengenali huruf, murid ini mengambil masa lama untuk mengenal huruf yang ditunjukkan oleh guru. Terdapat sesetengah huruf seperti “q”, “p”, “b” dan “d” murid-murid ini menghadapi masalah mengingat setiap perkataan yang dipamerkan secara rawak.
- Keyakinan murid ini rendah dan selalu merendah diri dalam kelas.
- Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta mengeja, murid ini akan menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di kelas lain.
- TIP MUDAH UNTUK URUS MURID LEMAH (SLOW LEARNER)
- APABILA mendapat kelas ini, terimalah dengan hati yang terbuka. Apabila kita menerima dengan lapang dada dengan baik, secara automatik guru akan ikhlas hendak mengajar dengan sebaik-baiknya. .
- Kunci utama adalah sabar. Jangan sesekali merungut. Ini adalah ujian kepada guru tentang bagaimana mengurus tadbir kelas ini dengan sebaik-baiknya. Percayalah..petua orang tua-tua ada menyebut: “kalau kita mengajar anak murid dengan baik..InsyaAllah anak-anak kita juga akan diajar dengan baik begitulah sebaliknya”..
- Kurangkan membebel . beri sahaja arahan dan bimbing mereka dengan baik . Murid tidak suka mendengar guru membebel. Berilah anak-anak ini aura positif dan semangat.
- Semasa aktiviti membaca , pastikan murid kosongkan meja . Ini adalah untuk memastikan murid memberi fokus kepada pembelajaran.
- Ketika aktiviti membaca dan mengeja, Bacalah perkataan bersama-sama ulang dan banyak kali.
- Memberi pujian kepada muri-murid yang berjaya membaca walaupun sekadar 1 perkataan dari 10 yang di ajar.
- Semasa murid menulis, guru dikehendaki kerap meronda dalam kelas memeriksa seorang demi seorang murid. Ini adalah bertujuan untuk memastikan murid membuat kerja dengan teliti ,
- Pastikan murid duduk tegak, sebelum membaca dan menulis.
- Cuba beri ganjaran kepada murid yang ada potensi yang baik dan berdisiplin. Walaupun mereka lemah, tetapi mereka juga berhak untuk mendapat penghargaan dengan token yang kecil dapat menggembirakan hati.
- Sediakan kotak kecemasan berupa alat tulis/pensel warna. Ini hanyalah pinjaman kepada mereka. Ini memberikan suasana menyeronokkan kepada murid-murid.
- Cuba libatkan ibu bapa. Guru-guru perlu kerap memberi kata-kata semangat kepada ibu bapa. Kerap ingatkan perkara penting seperti buku dan alat tulis untuk kegunaan murid harian di sekolah.
Rujukan
1.Iswa, Abdul Rahman Muhammad. 1970, Dirasat Saikulujiyyah. Iskandariah:Mansya’ah Al Nasyir a; Ma’arif
2.Mubayyad, Ma’mun 1995 Al Mursyid fi al amrad al nafsiyyah wa idtirobat al suluk : Beirut al maktab al Islam
Ditulis oleh Quszaini bin Abd Manan

Berasal dari Kampung Perlop Dua, Sungai Siput Utara Perak. Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Syariah (Fiqh dan Usul) di University Of Mutah, Jordan. Kemudian menyambung pengajian Master Business Administration di Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI JQAF) dalam bidang Bahasa Arab di IPGM Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak. Penempatan pertama beliau ialah di SK Tanjong Apong, Samarahan, Sarawak dan kemudian telah bertukar sekolah ke SK Kenering, Gerik, Perak. Sekarang, beliau berkhidmat di Sekolah Pasukan Polis Hutan Hulu Kinta Ipoh, Perak. Guru subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ini sangat aktif di Hulu Perak dan Ipoh terutamanya dalam bidang ko-akademik dengan menjadi hakim dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya bercerita, MQSS, pidato, cerpen dan sebagainya. Beliau terlibat secara aktif membina bahan pembelajaran Bahasa Arab bersama JPN Perak.