
Practice brief ini dibangunkan bagi membantu guru merancang dan melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) tanpa mengabaikan keperluan peperiksaan. Dalam konteks sekolah yang masih dipengaruhi oleh silibus, DSKP, PBD, format peperiksaan dan tekanan masa, PBL sering dilihat sebagai sesuatu yang “tambahan” atau sukar dilaksanakan dalam kelas peperiksaan.
Namun, berdasarkan temu bual bersama guru-guru yang berpengalaman melaksanakan PBL dalam subjek STEM dan bahasa, dapatan menunjukkan bahawa PBL boleh menjadi pendekatan yang praktikal apabila ia dirancang secara sejajar dengan kurikulum, pentaksiran dan kemahiran peperiksaan.
Practice brief ini menghimpunkan:
✅ isu amalan yang dihadapi guru
✅ konteks dasar pendidikan Malaysia seperti RPM 2026–2035 dan Kurikulum Persekolahan 2027
✅ dapatan temu bual guru
✅ strategi praktikal merancang PBL sejajar peperiksaan
✅ contoh bilik darjah berdasarkan pengalaman guru
✅ soalan refleksi untuk perbincangan PLC
Harapan kami, panduan ini dapat membantu guru melihat PBL bukan sebagai beban tambahan, tetapi sebagai ruang untuk menghubungkan pembelajaran bermakna dengan persediaan peperiksaan yang lebih berfokus dan berkesan.
Semoga practice brief ini menjadi rujukan awal kepada guru-guru yang ingin mencuba, menambah baik atau menyusun semula pelaksanaan PBL di bilik darjah masing-masing.
Dapatkan practice brief di sini