PENERAPAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM AKTIVITI  KADET REMAJA SEKOLAH: SUATU REFLEKSI  BERDASARKAN PENGALAMAN LATIHAN

1 .0 PENGENALAN


Semasa mengetuai latihan kawad kaki KRS di bawah terik matahari, saya sering mengingatkan para anggota dengan prinsip yang menjadi pegangan saya: “Tiada kejayaan tanpa latihan, dan biar kita bermandi peluh masa latihan, janji kita tidak mandi air mata apabila kita kalah nanti.” Pada suatu petang, saya mendapati seorang anggota skuad sering tersilap langkah pada arahan ‘ke kanan lurus’. Walaupun teguran berulang kali diberikan di hadapan skuad, kesilapan yang sama terus berlaku sehingga menyebabkan anggota tersebut semakin gemuruh dan hilang keyakinan diri. Namun, apabila saya mengubah strategi dengan membimbingnya secara individu selepas latihan dan memberikan pengiktirafan spesifik terhadap penambahbaikan kecilnya, sikap dan tumpuannya berubah secara mendadak pada sesi berikutnya. Peristiwa ini memicu persoalan utama dalam diri saya: Sejauh manakah prinsip teori pembelajaran yang kerap dibincangkan dalam akademik benar- benar terjemah dan mempengaruhi dinamika latihan Kadet Remaja Sekolah (KRS) di lapangan?

Pembelajaran tidak semestinya berlaku dalam bilik darjah melalui penyampaian kandungan secara formal semata-mata. Aktiviti kokurikulum menyediakan ruang yang membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman melalui penglibatan secara langsung. Dalam konteks pendidikan sekolah, aktiviti badan beruniform mempunyai ciri pembelajaran yang unik kerana pelajar perlu menerima arahan, melaksanakan tugasan, bekerjasama, menyesuaikan tindakan dengan keadaan dan menilai semula prestasi mereka.

Kadet Remaja Sekolah (KRS) menyediakan persekitaran yang sangat kaya untuk melihat hubungan antara teori pembelajaran dengan pengalaman sebenar. Berdasarkan refleksi latihan saya, aktiviti kawad kaki memerlukan disiplin, ketepatan arahan dan pengulangan; aktiviti ikhtiar hidup memerlukan penerokaan dan penyelesaian masalah; manakala latihan pertolongan cemas memerlukan pemahaman prosedur serta aplikasi kemahiran secara praktikal. Pengalaman tersebut menunjukkan bahawa pembelajaran berlaku melalui gabungan dinamik tingkah laku, motivasi dan pengalaman konkrit.


Artikel ini bertujuan menghuraikan bagaimana tiga perspektif pembelajaran dapat ditafsirkan melalui pengalaman latihan KRS. Fokus pertama ialah penggunaan pengukuhan (reinforcement) dan dendaan(punishment) dalam pembentukan disiplin. Fokus kedua ialah hubungan antara sistem ganjaran dengan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik yang terinternalisasi (iaitu nilai luaran yang telah diserap dan dihayati menjadi pegangan kendiri). Fokus ketiga ialah konstruktivisme serta pembelajaran berasaskan pengalaman dalamaktiviti praktikal.


Artikel ini tidak bertujuan melaporkan kajian empirikal kuantitatif atau membuat generalisasi statistik. Sebaliknya, ia merupakan refleksi analisis berasaskan pengalaman latihan yang digunakan untuk menghubungkan amalan KRS dengan konsep teori pembelajaran. Pendekatan ini penting kerana pengalaman praktikal guru atau jurulatih boleh menjadi sumber kritikal untuk menilai semula strategi pengajaran dan pembelajarandalamaktiviti kokurikulum.


2.0 SOROTAN LITERATUR


2.1 Pengukuhan (Reinforcement), Dendaan (Punishment) dan Pembentukan Tingkah Laku
Teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner (1953) menekankan bahawa akibat (consequence) daripada sesuatu tingkah laku boleh mempengaruhi kebarangkalian tingkah laku tersebut diulangi. Dalam pendidikan, prinsip pengukuhan (reinforcement) digunakan untuk meningkatkan kebarangkalian tingkah laku
yang dikehendaki, manakala dendaan atau hukuman (punishment) digunakan untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Dalam konteks latihan KRS, tingkah laku seperti hadir tepat pada masa, memakai uniform dengan kemas, memberi perhatian penuh, mematuhi arahan dan melakukan pergerakan kawad dengan tepat boleh diperkuat melalui maklum balas yang konsisten dan berstruktur. Pengukuhan positif(positive reinforcement) seperti pujian khusus, pengiktirafan dan pemberian tanggungjawab menjadi respons positif terhadap tingkah laku yang diingini. Sebaliknya, teguran bersifat pembetulan diguna pakai untuk membantu anggota menyedari kesilapan tanpa meruntuhkan motivasi mereka.


2.2 Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik yang Terinternalisasi
Teori Penentuan Kendiri (Self-Determination Theory) membezakan motivasi intrinsik dengan bentuk motivasi ekstrinsik serta menjelaskan bahawa motivasi ekstrinsik mempunyai pelbagai tahap internalisasi atau penyerapan nilai(Deci & Ryan, 2000; Ryan & Deci, 2000, 2020). Motivasi intrinsik berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti kerana aktiviti itu sendiri memberikan kepuasan, keseronokan atau cabaran dalaman. Motivasi ekstrinsik pula digerakkan oleh faktor luaran seperti ganjaran, pengiktirafan, markah atau
kelayakan. Namun, Ryan dan Deci (2000, 2020) menekankan konsep internalisasi (penyerapan nilai/penghayatan), iaitu proses di mana individu menerima dan menyerap nilai atau peraturan luaran menjadi
pegangan kendiri. Dalam aktiviti KRS, pingat, sijil, markah PAJSK dan kemenangan pertandingan kawad pada mulanya menjadi pencetus motivasi ekstrinsik. Namun, melalui persekitaran latihan yang menyokong autonomi, kompetensi dan hubungan sosial (relatedness), motivasi ekstrinsik ini bertukar menjadi motivasi
ekstrinsik yang terinternalisasi—di mana anggota berlatih secara sungguh-sungguh bukan lagi semata-mata kerana mengejar hadiah, tetapi kerana menghayati nilai disiplin, rasa bangga terhadap pasukan dan tanggungjawab bersama.


2.3 Konstruktivisme dan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman
Perspektif konstruktivisme (Fosnot, 1996) menekankan bahawa pelajar tidak menerima pengetahuan secara pasif, sebaliknya membina kefahaman secara aktif melalui pengalaman, interaksi sosial, penerokaan dan refleksi kendiri. Dalam pembelajaran berasaskan pengalaman, penglibatan fizikal semata-mata tidak memadai; pengalaman tersebut mesti diolah melalui proses mental untuk membina pengetahuan baharu.


Kolb (1984) menghuraikan pembelajaran berasaskan pengalaman sebagai kitaran empat peringkat: (1) Pengalaman konkrit (concrete experience), (2) Pemerhatian reflektif (reflective observation), (3) Pembentukan konsep abstrak (abstract conceptualisation), dan (4) Percubaan aktif (active experimentation). Kerangka ini sangat selari dengan aktiviti amali KRS seperti ikhtiar hidup dan pertolongan cemas, di mana anggota diuji dengan situasi sebenar, menganalisis kesilapan, menyusun strategi baharu dan mencuba semula di lapangan.


3.0 PENDEKATAN REFLEKTIF
Artikel ini menggunakan pendekatan reflektif pengamal (practitioner reflection) berasaskan pengalaman saya sepanjang mengendalikan latihan KRS. Bahan refleksi ini merangkumi tiga domain amali utama: latihan kawad kaki, aktiviti ikhtiar hidup dan latihan pertolongan cemas. Saya mengelompokkan pemerhatian dan tindakan
saya mengikut tiga perspektif teori pembelajaran utama yang dibincangkan dengan imbas semula situasi latihan sebenar dan mengaitkannya dengan literatur akademik.


4.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI PENGALAMAN
4.1 Pengukuhan Positif(Positive Reinforcement) dalam Latihan Kawad Kaki Latihan kawad kaki merupakan contoh nyata bagaimana pembentukan tingkah laku (shaping) dan disiplin berlaku melalui pengulangan, teguran dan maklum balas yang berterusan (Skinner, 1953).

Hasil daripada perubahan strategi ini sangat memberangsangkan. Kepercayaan dan pengukuhan positif ini membina keyakinan diri anggota. Pengalaman ini mengajar saya bahawa dendaan (punishment) mungkin menghentikan tingkah laku negatif secara serta-merta, tetapi pengukuhan positif (positive reinforcement) yang
membina kebiasaan dan keselarasan tingkah laku jangka panjang. Sebagaimana pegangan saya, “tiada kejayaan tanpa latihan”, tetapi latihan tersebut mestilah disokong oleh maklum balas yang mengukuhkan pencapaian anggota, bukan sekadar menuding kesilapan.


4.2 Ganjaran dan Perkembangan Motivasi yang Dihayati (Internalisasi)
Dalam aktiviti KRS, persaingan untuk memenangi pingat, sijil dan kejuaraan pertandingan sering menjadi daya tarikan utama pada peringkat awal sebagai motivasi ekstrinsik. Walau bagaimanapun, Deci dan Ryan (2000) serta Ryan dan Deci (2020) mengingatkan bahawa kebergantungan mutlak kepada ganjaran luaran
boleh menghakis motivasi intrinsik sekiranya anggota merasakan mereka dikawal sepenuhnya oleh ganjaran tersebut.

Apabila persekitaran latihan memberi ruang kepada pemenuhan keperluan autonomi, rasa kompeten dan keterikatan sosial (relatedness)(Deci & Ryan, 2000; Ryan & Deci, 2020), motivasi ekstrinsik anggota mengalami proses internalisasi. Mereka tidak lagi berlatih semata-mata kerana takut dimarahi atau gilakan pingat, sebaliknya kerana mereka telah menyerap nilai disiplin tersebut dan berasa bangga terhadap kualiti persembahanpasukanmereka sendiri.


4.3 Konstruktivisme melalui Aktiviti Ikhtiar Hidup
Aktiviti ikhtiar hidup (survival) memberikan gambaran yang amat jelas tentang bagaimana pengetahuan dibina secara aktif melalui pengujian dan penyelesaian masalah di lapangan (Fosnot, 1996; Kolb, 1984). Mengetahui teori menyalakan api melalui buku panduan amat berbeza daripada keupayaan menyalakan api menggunakan bahan basah di hutan.

Pengalaman ini membuktikan kerangka pembelajaran pengalaman Kolb (1984). Kumpulan kadet melalui pengalaman konkrit, membuat pemerhatian reflektif, membentuk konsep abstrak, dan membuat percubaan aktif sehingga berjaya. Kesilapan dalam persekitaran yang terkawal bukanlah satu kegagalan, melainkan data maklumat yang paling berharga untuk pembentukan pengetahuan.

4.4 Pertolongan Cemas: Menghubungkan Pengetahuan Deklaratif dengan Pengetahuan Prosedural
Latihan pertolongan cemas memerlukan penyepaduan antara pengetahuan deklaratif (fakta dan prinsip teori seperti urutan CPR atau jenis balutan) dengan pengetahuan prosedural (kemahiran amali
melaksanakan balutan dan tekanan dada secara tepat dan pantas). Anggota mungkin mampu menghafal urutan langkah keselamatan dalam ujian bertulis, tetapi menjadi kaku apabila diuji dalam simulasi kecemasan sebenar. Simulasi realistik memaksa anggota memindahkan teori menjadi tindakan prosedural yang tangkas melalui demonstrasi dan maklumbalas berterusan.


4.5 Peranan Jurulatih sebagai Fasilitator Pembelajaran
Pengalaman ini mengubah pandangan saya terhadap peranan seorang jurulatih KRS. Jurulatih tidak seharusnya berfungsi sebagai pemberi arahan sehala yang autoritarian semata-mata. Sebaliknya, jurulatih
perlu bertindak sebagai fasilitator pembelajaran yang merancang persekitaran, mengurus risiko, memberikan pengukuhan dan memimpin proses refleksi (Fosnot, 1996; Kolb, 1984).


5.0 IMPLIKASI TERHADAP PELAKSANAAN AKTIVITI KRS
Berdasarkan refleksi amalan ini, beberapa implikasi praktikal boleh dilaksanakan oleh jurulatih dan guru penasihat KRS bagi meningkatkan keberkesanan latihan:


6.0 KETERBATASAN
Artikel ini berasaskan pengalaman reflektif peribadi seorang pengamal dan tidak melibatkan pengumpulan data empirikal formal daripada sampel yang luas. Tafsiran juga terdedah kepada bias subjektif. Oleh itu, kajian empirikal lanjutan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif atau campuran adalah disyorkan untuk menguji cadangan ini secara bersistem.


7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN TINDAKAN
Pengalaman latihan Kadet Remaja Sekolah (KRS) membuktikan bahawa teori-teori pembelajaran tidak kekal sebagai wacana abstrak dalam buku teks, sebaliknya hidup dan berinteraksi secara nyata dalam setiap aktiviti lapangan. Nilai sebenar aktiviti KRS tidak terletak pada gilapan trofi kemenangan pertandingan semata-mata,
tetapi pada proses pembentukan watak, disiplin, kepimpinan dan daya tahan anggota.

Sebagai cadangan tindakan praktikal yang boleh terus dicuba oleh para jurulatih dan guru penasihat KRS, mulakan Sesi Refleksi 5 Minit (Debriefing) sejurus selepas tamat setiap sesi latihan fizikal, di samping memberikan maklum balas pembetulan secara khusus dan berstruktur di lapangan.

RUJUKAN
Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2000). The “what” and “why” of goal pursuits: Human needs and the self-determination of behavior.
Psychological Inquiry, 11(4), 227-268.
Fosnot, C. T. (Ed.). (1996). Constructivism: Theory, perspectives, and practice. Teachers College Press.
Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as the source oflearning anddevelopment. Prentice-Hall.
Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Intrinsic and extrinsic motivations: Classic definitions and newdirections. Contemporary
Educational Psychology, 25(1), 54-67. https://doi.org/10.1006/ceps.1999.1020
Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2020). Intrinsic and extrinsic motivation from a self-determination theory perspective: Definitions,
theory, practices, and future directions. Contemporary Educational Psychology, 61, 101860.
https://doi.org/10.1016/j.cedpsych.2020.101860
Skinner, B. F. (1953). Science and human behavior. Macmillan.

Ditulis oleh Donald Quarie Anak Ajiu

Mejar Donald merupakan Sekretariat Kadet Remaja Sekolah (KRS) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Leave a Reply